Tun Mahathir buat ‘u-turn’, pengikut tarik ‘hand-brake’

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang ‘mengunci’ pemikiran rakyat supaya tidak mendekati DAP tetapi kini bersekongkol dengan parti itu untuk menggugat UMNO serta kepentingan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Dr Mahathir kini menerima Lim Kit Siang sebagai rakan seperjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas berpuluh tahun melabelkan DAP sebagai parti perkauman serta mengancam masa depan Melayu serta Islam.

“Dia (Dr Mahathir) juga yang tanam sendiri dalam pemikiran orang Melayu selama 30 tahun. Hari-hari cakap mengenainya tetapi hari ini dia ‘reverse’ (undur), pusingan U, tetapi orang tarik ‘hand brake la’ (tidak mahu ikut).

“Awak (Dr Mahathir) sendiri yang bagitahu DAP tidak boleh kawan, awak sendiri yang cakap rasis sampai orang takut dengan DAP. Lepas itu tiba-tiba pusingan U, kata inilah ‘the best party’ (party yang terbaik). Macam manalah orang nak terima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, hari ini.

Yang turut hadir, EXCO Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat; Ketua Bahagian UMNO Bahagian Sekijang, Datuk Dr Baharum Mohamed dan Ahli Parlimen Sekijang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Anuar Abd Manap.

Mahdzir berkata, semua ahli UMNO perlu bersatu dan sentiasa ada solidariti sama ada dalam parti atau Barisan Nasional (BN) kerana pembangkang sememangnya mahukan parti dalam keadaan yang lemah dan bergaduh sesama sendiri.

“Antara satu perkara yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah kita mesti sentiasa bersolidariti dan kekuatan parti mesti berada pada paras tertinggi.

“Kalau solidariti kita kuat dan bersatu, maka kita tidak akan berhadapan masalah untuk berdepan pembangkang pada pilihan raya umum kelak,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana