TUN M PERBODOHKAN PEMBANGKANG, GUGUR NAMA ANWAR DALAM PH

PAKATAN Harapan yang mewakili gabungan pembangkang hari ini sekali lagi diperbodohkan oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila masing – masing akur dengan keputusan beliau untuk tidak memasukkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dalam perlembagaan gabungan tersebut yang diserahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Gabungan pembangkang yang mewakili PKR, DAP, PPBM dan PAN itu seolah – olah mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri itu dan menerima bulat – bulat alasan kononnya tindakan menggugurkan nama Anwar itu adalah kerana ingin mengelakkan permohonan mereka menjadi sebuah parti politik berdepan dengan masalah.

“Soal personaliti tidak timbul. Apabila kita hantar kita punya perlembagaan, kita tidak bagi nama siapa yang pegang jawatan, kita cuma namakan jawatan sahaja.

“Jawatan Ketua Umum ada diletakkan di dalam perlembagaan tapi siapa yang mengisi jawatan tidak perlu disebut,” kata Tun Dr Mahathir, ketika ditemui pemberita di Pejabat RoS pada Jumaat.

Terdahulu, gabungan pembangkang itu menerima kritikan bertubi – tubi dari pelbagai pimpinan parti berhubung struktur baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi; Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR – Ketua Umum); Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Presiden).

Tambah Tun Dr Mahathir, gabungan itu akan kembali semula ke RoS dalam tempoh dua hari lagi untuk menyerahkan cadangan baru logo mereka setelah ditegur oleh pihak RoS selain menafikan sebarang bantahan lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana