Tuduh UMNO Seperti Mazhab Dan Agama, Pemimpin PPBM Disifat Sebagai Dangkal

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah menyifatkan kenyataan salah seorang Ketua Parti PPBM Wilayah Persekutuan yang mengatakan UMNO seolah-olah macam Mazhab dan Agama pada orang UMNO, merupakan satu kenyataan dangkal dan sengaja menarik perhatian kepimpinan PPBM.

“Kenyataan pemimpin PPBM ini sengaja untuk menarik perhatian bagi memastikan impiannya untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak di salah satu kerusi di sini.

“Kenyataan beliau dangkal sungguh, sejak bila UMNO menjadi Mazhab dan Agama, kalau benar pun nak meraih sokongan atas pagar, janganlah sampai dangkal politik, kenyataan nampak sangat terdesak dan terlalu kurang bijak,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Tambah beliau, tidak pernah dalam penubuhan UMNO sejak 71 tahun lalu sehingga kini, ada termaktub dalam perlembagaan UMNO bahawa Parti ini adalah satu Mazhab dan Agama tetapi jelas bahawa asas perjuangan UMNO yang berpaksikan Islam, Melayu, Bumiputera dan negara yang menjadikan UMNO sebagai parti paling berjaya di Malaysia.

“Mungkin ketika beliau dalam UMNO, dia sendiri tak pernah baca dan menghayati asas perlembagaan dan perjuangan UMNO, kerana ketika di dalam UMNO, dia sibuk nak kejar jawatan.

“Dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang menyatakan dengan jelas tentang Asas dan Tujuan penubuhan UMNO iaitu pada Perkara 3.3: “Menegak, Mempertahan dan Mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama”.

“Fasal 3, Perkara 3.3 ini dianggap penting kerana kemudiannya mencorak Perlembagaan Persekutuan dengan meletakkan asas Islam yang lebih kukuh sebagai agama Persekutuan. Perlembagaan Malaysia pada Perkara 3 (1) menyatakan: “Agama Islam ialah ugama bagi Persekutuan: tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

“Jadi saya nasihatkan supaya beliau hadam dan faham maksud Perlembagaan UMNO khususnya fasal 3 Perkara 3.3 ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengajak ahli-ahli UMNO untuk memastikan pada PRU14, rakyat akan terus mengundi dan bersama Barisan Nasional (BN), kerana BN konsisten dalam prinsip politik khidmat bakti pada rakyat, bukan seperti pakatan pembangkang yang mengunakan politik nafsu kebencian dengan menabur fitnah.

Perjuangan UMNO jelanya lagi untuk rakyat dari dahulu hingga kini turut menjadi faktor kejayaan UMNO untuk terus bertahan.

“UMNO berjuang bukan untuk ahli sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan keturunan. Kejayaan UMNO juga kerana parti itu terus releven kerana isu-isu yang diperjuangkan sepanjang parti itu ditubuhkan”, katanya. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana