Tsunami politik Melayu, cerita dongeng Muhyiddin

 Pembangkang dipercayai sedang melancarkan ‘perang saraf’ ke atas Kerajaan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk menyembunyikan kepincangan dalaman mereka susulan mendakwa tsunami politik Melayu bakal berlaku pada pilihanraya umum (PRU) nanti.

Ahli Parlimen Bagai Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyifatkan lontaran dakwaan oleh Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sengaja dicetuskan bagi mempengaruhi rakyat terutama pengundi atas pagar untuk menyokong mereka.

“Kita dah tahu pembangkang ini memang kerja dia nak hasut rakyat benci BN. Mereka nak jatuhkan BN sehingga sanggup buat cerita karut demi meraih undi rakyat pada PRU nanti.

“Setakat ini pembangkang tidak sepakat dan tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, jadi lebih baik mereka lancarkan strategi memesongkan dan mengelirukan fahaman rakyat tentang kebaikan yang telah rakyat nikmati melalui kerajaan selama ini,” katanya kepada BNBBC. my portal, Rabu.

Dr Noor Azmi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin semalam bahawa kononnya UMNO  bakal hilang rentak dalam pilihan raya disebabkan tsunami politik Melayu dijangka berlaku.

Sementara itu, wakil rakyat UMNO itu juga melihat pembangkang sudah menyedari mereka kehilangan momentum politik.

“Muhyiddin tidak ada modal politik, boleh dikatakan pembangkang gersang modal. Saya tak tahu daripada mana dia boleh berkata begitu. Amat dangkal dan tidak berasas.

“Saya percaya, pakatan pembangkang mula panas bontot apabila kejayaan demi kejayaan dicipta Perdana Menteri untuk rakyat, dan ini semakin menenggelamkan momentum populariti dan politik mereka di mata rakyat.

Tambah Dr Azmi (foto) keadaan pembangkang terutama PPBM yang  bertelagah sesama sendiri turut menyebabkan persiapan mereka menghadapi PRU  terbantut.

“Jadi lebih eloklah Muhyiddin jaga dan selesaikan parti dia sendiri daripada membuat cerita dongeng dan karut. Jangan cakap banyak, parti sendiri pun tidak terjaga,” bidasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana