TPM Zahid ‘ketuk pintu’ parti MCA,MIC dan Gerakan…

Pada hari Ahad Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ‘ bersuara’ mengenai hal yang sama ketika merasmikan mesyuarat tiga UMNO Bahagian yakni Hulu Langat di Selangor dan Bukit Bintang serta Setiawangsa di Wilayah Persekutuan.

Beliau jelas mahu jentera parti-parti komponen BN khususnya MCA,MIC dan Gerakan ‘bangun’ beri komitmen yang lebih tinggi dan lipat gandakan usaha dalam gerak kerja sekuat jentera UMNO.

Serentak dengan itu beliau mahu mereka menyerlahkan kemampuan untuk menang pilihan raya di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.

Timbalan perdana menteri berkata parti seperti MCA, MIC dan Gerakan seharusnya tidak hanya berharap untuk menang di kerusi yang majoriti pengundinya ialah orang Melayu.

Berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat di Semenyih,Zahid kata  BN Selangor perlu menzahirkan perkongsian kuasa mereka dengan merampas semula negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Menurut beliau ini kerana PRU lalu jelas menunjukkan sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN semakin berkurangan manakala sokongan Melayu pula meningkat.

"Di Selangor kita hilang lapan kerusi, kerusi yang kita menang semuanya kerusi UMNO? apa jadi dengan parti komponen"

"Jika dilihat statistik sokongan mengikut bangsa pada PRU lepas, dalam PRU-12 sokongan Melayu terhadap BN sebanyak 57.9 peratus, PRU-13 sebanyak 58.9 peratus manakala sokongan Cina pada PRU-12 ialah 29.8 peratus dan PRU-13 sebanyak 13.4 peratus, sementara India mencatatkan 36.3 peratus pada PRU-12 dan 34.4 peratus pada PRU-13.

"Kenapa ini berlaku? Selangor bukan hanya untuk Melayu tetapi juga untuk kaum Cina dan India maka parti komponen kita yang lain harus bersama-sama bekerja keras untuk rampas semula Selangor. Komponen BN harus 'berjaga' sekarang, jangan hanya bercakap sahaja," katanya.

Turut dihadiri di majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abd Aziz.

 Zahid berkata adalah tidak wajar untuk BN Selangor terus membiarkan pembangkang menikmati hasil keringat mereka membangunkan negeri itu.

"Pembangunan, kemajuan dengan pelaburan asing termasuk peluang pekerjaan dibawa UMNO dan BN sebelum mereka (pembangkang) memerintah, macam mana mereka baru dua penggal memerintah sudah kata mereka menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara kasar.

"Kita yang menebas, bercucuk tanam dan membajak tetapi hasilnya, buahnya diambil orang lain? bukan itu sahaja bahkan apabila hati dan minda rakyat kita tidak jaga kita seolah-olah menyediakan semuanya untuk pembangkang," katanya lagi.

"Saya berjanji pada diri saya kalau Parlimen Hulu Langat dan DUN (dewan undangan negeri) yang kita kalah kita berjaya rampas semula saya janji pada diri saya, saya akan turun balik dan berikan peruntukan yang banyak," katanya.

Sewaktu di majlis UMNO Bahagian Bukit Bintang,Zahid tegaskan parti komponen BN perlu menyerlahkan kemampuan untuk menang pilihan raya di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.

Timbalan perdana Menteri berkata parti seperti MCA, MIC dan Gerakan seharusnya tidak hanya berharap untuk menang di kerusi yang majoriti pengundinya ialah orang Melayu.

"Kita melihat rakan-rakan kita dalam komponen BN, mereka sukar menang di kawasan bukan Melayu, ini hakikat,"katanya.

 Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique.

 Zahid menegaskan apa yang dinyatakannya itu bukan satu kritikan tetapi tanda keikhlasan UMNO untuk memastikan rakan komponen BN menang.

Dalam hal ini,  Zahid berkata UMNO terlalu baik walaupun ada sedikit anggota dan pemimpin UMNO yang terguris.

"Tetapi tidak adil kalau bebanan itu hanya diberikan kepada UMNO. Berapa banyak lagi kawasan Melayu yang kita beri kepada rakan kita demi rasa kebersamaan,"katanya.

Mengambil contoh di Perak, Zahid berkata tidak ada satu kerusi yang dimenangi MIC tetapi kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri tetap diberi kepada parti itu selain jawatan penasihat khas di pejabat Menteri Besar Perak.

Beliau seterusnya berkata UMNO kekal relevan di kawasan yang tidak ditandinginya atau kubu kuat pembangkang.

"Sebagai contoh, walaupun Bukit Bintang ini dilihat tidak ada masa depan untuk BN, namun UMNO di kawasan ini boleh membantu kawasan lain mencapai kemenangan kerana penduduk di kawasan Bukit Bintang ini kebanyakannya mengundi di kawasan lain,"katanya.

Ketika merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa beliau membangkitkan bagaimana UMNO menjadi tulang belakang jentera kempen disetengah kawasan sekalipun  ditandingi oleh calon parti komponen.

Katanya jentera UMNO berkerja keras seolah yang bertanding itu calon UMNO.

Zahid kata ini menunjukkan komitmen UMNO dan kepimpinan bagi memenangkan calon-calon dari rakan parti komponen atas semangat perkongsian kuasa.

Beliau mempersoalkan tidak bolehkah jika calon UMNO yang bertanding jentera parti komponen lain berkerja sekeras jentera UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana