Tony Pua jangan lupa skandal rasuah DAP di Pulau Pinang...Inilah Dikatakan Bangkai Gajah Mati Didepan Mata...Tidak Nampak Kuman Diseberang Laut Boleh Nampak

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang sebelum ini mendakwa dipilih rakyat menjadi ahli Parlimen untuk memantau masalah rasuah diingatkan supaya tidak lupa melihat masalah rasuah yang dihadapi oleh partinya.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, ahli Parlimen Petaling Jaya itu diingatkan supaya tidak lupa tentang skandal rasuah di Pulau Pinang melibatkan ketuanya iaitu Lim Guan Eng yang didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem bagi menukar status tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada 18 Julai 2014.

Ujarnya, Guan Eng juga telah menyalahgunakan kedudukan beliau untuk membeli rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, iaitu jauh lebih rendah daripada harga pasaran hartanah sebenar RM4.27 juta pada 18 Julai 2014.

“Tony mungkin sudah lupa bahawa dia pernah berkata Guan Eng perlu bercuti jika didakwa di mahkamah, bagaimanapun sehingga ke hari ini Guan Eng masih belum bercuti dan Tony tiba-tiba menjadi ‘pelupa’ tentang apa yang pernah dikatakan.

“Oleh kerana kita masih bercakap tentang rasuah, boleh tidak sekiranya Tony berkongsi cerita bersama rakyat Malaysia tentang mengapa Pulau Pinang membayar harga empat kali ganda lebih tinggi daripada harga asal bagi pembinaan projek terowong dasar laut dan mengapa kerajaan negeri membayar wang pendahuluan RM177.5 juta tanpa melibat kerja-kerja yang sudah dijalankan,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Vell Paari berkata, Tony juga perlu memperjelaskan projek lebuh raya termahal di Malaysia yang diusahakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jelas beliau, kos pembinaan Penang Island Link (PIL-1) mencecah RM7.5 bilion bersamaan RM385 juta per kilometer dan harga tersebut 140 peratus lebih mahal daripada Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) di Selangor.

“Akhir sekali, oleh kerana Tony begitu bersungguh-sungguh melawan gejala rasuah, saya mahu bertanya bagaimana DAP boleh menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini mereka gelar sebagai bapa segala rasuah. Adakah kerana kerjasama itu, kini Tony mahu berkata segala propaganda berkenaan Mahathir sebelum ini hanya penipuan semata-mata.

“Jika benar Tony mahu menentang masalah rasuah, apa kata jika lepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen dan sertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di Pulau Pinang ada masalah skandal kewangan bernilai berbilion ringgit, jadi lebih baik selesaikan dahulu masalah dalaman anda terutama melibatkan Ketua Menteri yang sudah didakwa di mahkamah,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment