Tiga negeri Pakatan belum ikrar bebas rasuah....Cakap Atas Pentas Bukan Main Lagi Soal RASUAH?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan SPRM awal tahun ini.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata IBR menunjukkan komitmen dan keprihatinan semua negeri di negara ini untuk memastikan pentadbiran di negeri masing-masing bebas rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita tidak mahu orang cakap berdegar-degar tolak rasuah dan suruh SPRM ambil tindakan, kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan tunjukkan komitmen dan kesungguhan dengan isu rasuah.

Program ini bersifat sukarela dan kita tunggu jemputan daripada negeri terbabit untuk menunjukkan komitmen mereka bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

IBR merupakan 1 lagi usaha baharu SPRM yang menekankan ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

Mengulas mengenai GERAH, Dzulkifli berkata program yang dilaksanakan sejak 3 bulan lepas itu menunjukkan kesan positif apabila terdapat peningkatan jumlah laporan yang diterima oleh SPRM daripada orang awam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana