TIDAK ADA ‘ABANG BESAR’ DALAM PH, KATA KHALID SAMAD...LAGI NAK BACKUP DAP KHALID SAMAD NI

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menegaskan tidak ada ‘abang besar’ mendominasi Pakatan Harapan (PH) seperti didakwa sesetengah pihak.

Ujarnya, secara dasar kesemua pemimpin PH tidak mempunyai kuasa mutlak mahupun kuasa pemutus kerana segala keputusan dibuat bersama atas perbincangan empat parti komponen gabungan itu.

“Ada yang menganggap bahawa dalam Pakatan Harapan ianya didominasi oleh seseorang. Kalau didominasi oleh seorang (individu) tak payahlah mesyuarat 4 jam. Ada yang mengatakan ianya didominasi oleh satu parti kononnya DAP. Kalau didominasi oleh satu parti tak payahlah kita bahas sampai 4 jam.

“Ini merupakan sokongan empat parti kesemuanya. Parti yang penting, sama taraf, sama kedudukan. Tidak ada ‘abang besar’ dan apa yang diputuskan perlu dipersetujui semua. Ini dasarnya,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu turut mempersoal apa sebenarnya yang Umno mahukan, apabila mempertikai ketiadaan DAP memegang sebarang jawatan utama dalam struktur kepimpinan gabungan itu.

“Tiba-tiba sekarang ini Umno sayang kepada DAP. Kenapa Lim Kit Siang tiada dalam struktur itu? Ertinya DAP diperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Inilah kita lihat tiba-tiba sayang kepada DAP.

“Yang pula mengatakan ada agenda tersembunyi. DAP-lah dalang sebenarnya. Umno nak apa? Kalau dulu mereka kata apa Cina mau. Sekarang kita tanya apa Umno mau?

“Dilihat DAP kebelakang salah, kedepan dikawal. Ini persepsi perkauman yang dimainkan. Saya yakin rakyat semakin bijak, bestari. Kita kempen ke seluruh negara kita yakin perubahan kali ini,” tambahnya.

Pengumuman struktur kepimpinan utama gabungan itu pada minggu lepas mengejutkan pelbagai pihak selepas menyaksikan ketiadaan wakil DAP dalam senarai jawatan utama itu.

Termasuk, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa, senarai baru ini seolah-olah mahu mengaburi mata pengundi dan rakyat bahawa segala keputusan dalam PH tidak dipengaruhi DAP.

Dalam pengumuman tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Ketua Umum, sementara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi gabungan empat parti itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai presiden PH.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun tidak disenaraikan dalam barisan kepimpinan utama itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment