TIADA LANGSUNG AGENDA ISLAM DIDALAM JANJI PAKATAN HARAPAN

Melihat kepada janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sangat menimbulkan kegusaran apatah lagi langsung tidak menyentuh aspek Islam.

Mengulas berkaitan janji 100 hari gabungan parti itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Aminuddin Yahaya berkata, ia agak merisaukan apabila janji-janji tersebut tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan Islam.

“Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan sekiranya mereka menang?

“Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara lantang menentang Akta 355.

“Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan yang diumumkan semalam. Antara yang dijanjikan ialah menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh.

Gabungan itu turut berjanji untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan FELDA.

Apapun janji mereka Tuan Aminuddin berkata, beliau tidak dapat pastikan sekiranya ada terselit janji yang menyentuh soal Islam.

Tetapi dari maklumat media sosial katanya, ia jelas ia tidak menampakkan agenda islamisasi PH.

“Di kala Islam ditekan di sana sini oleh golongan Liberal, LGBT, Evangelist dan pelbagai lagi, ia seolah-olah tidak dilihat secara serius oleh PH. Perjuangan mereka hanya berlegar dari aspek maddi sedangkan aspek rohi dan pembinaan manusia seperti ditinggalkan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana