TERUKNYA PERANGAI!!!!!! NIAT JAHAT MUHYIDDIN TERBONGKAR DENGAN KOMPLOT TAHUN 2014 – AZIZ

Pendedahan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di mahkamah semalam bahawa usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seawal tahun 2014 oleh bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang juga merupakan mantan Perdana Menteri bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas membuktikan bahawa motif sebenar adalah mengenai kepentingan peribadi semata-mata.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi, isu 1MDB hanyalah suatu alat yang digunakan untuk menjatuhkan Najib memandangkan pada tahun 2014 langsung tidak menampakkan sebarang bantahan daripada Muhyiddin mengenai isu 1MDB termasuk ketika mesyuarat kabinet dan mesyuarat majlis tertinggi UMNO.

“Muhyiddin juga merupakan Pengarah Pilihanraya Kecil BN Pusat bagi Parlimen Permatang Pauh dan Rompin pada 7 Mei 2015 yang mana dipilih atas kepercayaan sebagai individu paling kanan di dalam parti selepas Najib.

“Ini merupakan satu bentuk pengkhianatan bukan sahaja terhadap kepimpinan UMNO malah seluruh institusi dan ahli UMNO itu sendiri kerana sepanjang tempoh tersebut, Muhyiddin masih memegang jawatan di dalam UMNO dan juga kerajaan,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ketua UMNO Bahagian Sri Gading itu, kali pertama Muhyiddin bersuara mengenai 1MDB adalah di Milan ketika lawatan kerja beliau pada tahun 2015 yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau langsung tidak mengetahui apa – apa mengenai 1MDB walaupun berulang kali perkara ini dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet termasuk sesi penerangan khas kepada beliau.

Malah, menurut AB Aziz, bukti-bukti ini disokong dengan kenyataan Mukhriz yang mendakwa pembabitan Muhyiddin seawal tahun 2014 adalah bukti bahawa 1MDB bukanlah sebab mengapa golongan ini menentang Perdana Menteri, tetapi mengenai perebutan kuasa politik semata-mata.

“Saya percaya rakyat Malaysia cukup matang dan dapat melihat motif sebenar di sebalik penentangan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz terhadap kerajaan pimpinan Najib yang bukan bertujuan untuk menyelamatkan negara tetapi bertujuan untuk merampas kuasa politik yang telah pun diberi mandat oleh rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana