TERDESAK SANGATKAH MEREKA BERDUA UNTUK DAPATKAN JAWATAN TERTINGGI?

Cubaan Lemah Mahathir “Hidupkan” Isu 1MDB Yang Dah “Mati” adalah cubaan terdesaknya untuk mengangkat namanya sendiri untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke 7.

Keyakinan Mahathir untuk mendapat jawatan tersebut selepas Anwar Ibrahim menarik diri dari untuk menjadi calon PM kepada Pakatan Harapan.

Namun isu untuk menjadi PM ke 7 adalah isu yang terbaru, kerana perancangan jahat Mahathir sebelum itu yang menjalin hubungan dengan Hillary Clinton untuk menggunakan pengaruhnya mendesak Mahkamah Keadilan Amerika Syarikat menjalankan siasatan dan saman ke atas 1MDB adalah perlu didedahkan kepada pengetahuan umum.

Mahathir tahu Hillary Clinton perlukan dana dalam kempennya untuk menjadi calon Presiden Amerika. Oleh itu, Mahathir melalui proksinya telah menjalinkan hubungan bagi mengadakan perjanjian untuk saling membantu diantara satu sama lain dalam memenuhi misi dan agenda politik masing-masing.

Sebagai balasan kepada perjanjian Mahathir + Clinton mengikut pendedahan BEKAS PENGARAH FBI yang dipecat iaitu Peter Comey dia telah memberi jaminan kepada Mahathir bahawa pengumuman DoJ akan membayangkan Najib sebagai terlibat didalam konspirasi untuk menipu rakyat Malaysia tanpa menamakannya.

Sebagai balasan, Peter Comey memerlukan jaminan daripada bekas perdana menteri bahawa pembangkang akan melancarkan serangan ke atas Najib melalui media alternatif untuk menarik perhatian rakyat Malaysia bahawa Perdana Menteri adalah Malaysian Official 1 (MO1).

Ke arah itu, Mahathir menjanjikan dana kepada kempen Hillary Clinton dengan menggunakan Daim Zainuddin untuk menyalurkan wang sebanyak USD 5 juta yang ada kaitan dengan Yayasan Clinton. Peter Comey yang bertanggungjawab menjaga segala transaksi tersebut untuk diagihkan kepada agensi yang mempunyai kaitan dengan kempen Clinton.

Manakala sebagai balasannya, Hillary Clinton telah menggunakan pengaruhnya ke atas DOJ untuk melancarkan serangan kepada 1MDB.

Clinton juga memerlukan pengumuman DOJ untuk membantu kempennya bagi mempengaruhi penyokong Donald Trump bahawasanya Clinton juga benar-benar serius di dalam memerangi keganasan dan perbuatan pengubahan wang haram yang melibatkan negara-negara Islam.

Walau bagaimanapun Clinton kalah dalam perebutan kerusi Presiden Amerika manakala Saman DOJ ke atas 1MDB juga dibatalkan dan ditarik balik kerana kekurangan bukti yang kukuh.

Pada masa yang sama, Red Granite yang sebelum itu digantung untuk berniaga juga dibenarkan menjalankan urusannya seperti biasa.

Seterusnya pada September 2016 Husam Musa dan Matthias Chang yang bertindak sebagai pengadu pada masa itu juga telah menarik balik saman mereka kerana tindakan DOJ itu.

Bila dua-dua sudah terdesak mereka akan menggunakan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politik mereka walaupun mereka tahu jalan yang mereka pilih adalah salah dan melanggar kedaulatan sesebuah negara kerana mencampuri urusan pentadbiran negara tersebut.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment