Tanya Tun Mahathir: Adakah Dengan Memfitnah 1MDB Akan Mengubah Segala2nya?.

■ Sejak tahun 2013 sehingga kini hampir 40 bulan telah berlalu, Tun Mahathir menjadikan 1MDB sebagai 'pouching bag' bagi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia ke-6 DS Najib Tun Razak.

■ Pada mulanya, Tun Mahathir membuat andaian wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib merupakan 'Killer Issue' kepada kejatuhan Perdana Menteri Malaysia ke-6. Tak kiralah wang tersebut adalah akaun trustee atau akaun yang tidak diurus oleh DS Najib, yang mana ianya dianggap amalan biasa dalam UMNO sejak dari tahun 1988 lagi iaitu setelah UMNO baru didaftarkan. Hanya ahli2 UMNO yang tahu kebenaran ini tetapi tidak bagi rakyat Malaysia.

■ Mengimbas kembali situasi yang berlaku kepada DS Najib, ianya mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris apabila Bank Luar negara (HSBC) memberi DERMA kepada UMNO, di mana wang derma tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Harun Idris. Walau pun Datuk Harun tidak secara peribadi mengendalikan akaun tersebut tetapi beliau tetap dituduh rasuah dan menerima sogokan (corruption) dan telah dipenjarakan.

■ Pada tahun 1976, seluruh ahli UMNO mengetahui yang duit tersebut adalah untuk parti dan telah digunakan untuk aktiviti2 politik di mana Datuk Harun juga tidak menerimanya secara peribadi atau tidak menguruskan wang tersebut. Walau bagaimana pun, fakta kes tetap memihak kepada pendakwaraya. Akhirnya hakim tetap memenjarakan Datuk Harun pada tahun 1977.

■ Dan yang paling nyata dan sedih kerana isu 'Wang Derma' tersebut dianggap sebagai penamat kepada karisma Datuk Harun yang dihalang secara tanpa sedar dari menjadi calon utama Perdana Menteri selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan.

■ Pada ketika itu Datuk Harun Idris dan Dr Mahathir sama2 berjawatan sebagai Naib Presiden UMNO. Disebabkan Datuk Harun lebih tegas di dalam membela nasib orang2 Melayu, beliau dilihat sebagai faktor penghalang kepada gagasan Barisan Nasional yang baru diwujudkan. Sementara itu, Dr Mahathir Mohamad tidak pernah pun disebut sebagai calon bakal Perdana Menteri ke-4.

■ Kerjaya politik Dr Mahathir Mohamed dalam UMNO merupakan percaturan terancang dengan slogan ‘saya tidak penting tetapi UMNO itu penting’ oleh arwah Tun Hussein Onn yang menyudahkan kerja arwah Tun Razak Hussein bagi menjaga imej UMNO yang akan kehilangan khidmat Datuk Harun Idris.

■ Sejak dari kes RM2.6 billion, Tun Mahathir berharapan apa yang terjadi kepada Datuk Harun akan berulang kembali. Tetapi Tun Mahathir lupa yang sebijak2 perancangan manusia, perancangan Allah lagi Maha Bijaksana!.

■ Apakah yang telah dicapai dan dikecapi oleh penyokong2 Tun Mahathir sepanjang 38 bulan kempen Anti-Najib untuk 'Selamatkan Malaysia?. DS Najib masih lagi Perdana Menteri Malaysia. DS Mukkhriz, TSMY dan DSSA bukan lagi ahli UMNO. 1MDB bukan syarikat yang bangkrap dan 1MDB masih lagi mampu berbakti menyumbang dan menghantar lebih dari 1000 orang jemaah untuk menunaikan umrah dan haji ke Mekah.

■ Tun Mahathir cuba membawa rakyat ke jalanan dengan membelakangi prinsip demokrasi berparlimen. Adakah Beliau lupa akan peristiwa 13hb Mei 1969?. Terbaharu, Malaysia semakin terdedah dengan ancaman IS dan Militan Sulu yang menculik rakyat Malaysia dan pelancung asing untuk dijadikan tebusan. Adakah Tun Mahathir tidak terfikir ideologi songsang yang dibawa oleh beliau boleh mengancam keselamatan rakyat Malaysia dalam dan luar negara?.

Adakah Tun merasakan bahaw DS Najib terlalu kuat untuk dijatuhkan secara pilihanraya dan perbalahan yang berlaku antara beliau satu jawapan bahawa masa depan politik Mukriz telah pun berakhir dan DS Najib perlu dijatuhkan dengan segala apa saja cara yang ada demi masa depan politik Mukhriz .

Sejarah selalunya berulang..

Tun Mahathir...
Tindakannya luar jangka..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana