Tanpa PAS... Bos DAP Perak akan hilang kerusi Parlimen Beruas

Kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan untuk menggantikan PAS nampaknya tidak berkesan di peringkat akar umbi.

PAN yang diketuai oleh Mat Sabu hanya membawa pemimpin pro DAP keluar dari PAS bukannya penyokong-penyokong PAS di seluruh negara.

Berikutan itu, DAP kini berdepan masalah besar untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi mereka di kawasan campuran.

Di Perak misalnya kerusi Parlimen Beruas yang dimenangi Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham kini `bergoyang’ kerana bakal kehilangan sokongan pengundi Melayu yang menyokong PAS.

Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beruas, Datuk Mohd Ali Mansor sebenarnya kemenangan DAP bagi kerusi Parlimen Beruas pada dua pilihan raya umum lalu adalah semata-mata kerana sokongan PAS.

"Senario Beruas sama dengan Teluk Intan dan Taiping, kita lihat bagaimana DAP menang dalam dua pilihanraya."

"Sebenarnya Beruas bukan kubu kuat DAP, sebelum ini DAP tidak pernah menang di Beruas dan sentiasa kalah selepas mendiang Tan Sri Lim Kheng Yaik tidak ada barulah DAP beroleh kemenangan, tapi sebenarnya yang memenangkan DAP di Beruas adalah PAS.

"Kalau kita lihat pengundi yang bergerak dalam dua atau tiga pilihanraya ni di antara 45,000 hingga ke 60,000 pengundi, DAP hanya menang 2,000 dan kemudiannya 5,000 maknanya, kalau 5,000 penyokong PAS tak bagi undi kepada DAP, DAP kalah... inilah Ngeh Koo Ham berasa takut,’’ kata Mohd Ali kepada Agendadaily.

Namun begitu, katanya, Ngeh berusaha menunjukkan kononnya DAP masih kuat di Beruas seperti mengumumkan ada cawangan DAP Melayu di Beruas.

"Sekarang ni kalau kita tengok tak ada satu cawanganpun... Saya nampak mereka dalam ketakutan, di Beruas ni adalah kerusi BN kecuali jika berlaku persempadanan yang baharu yang melibatkan Setiawan dimasukkan dalam Parlimen baru dinamakan Air Tawar... kalau ini berlaku maka DAP akan menang dalam  kerusi parlimen Air Tawar.

"BN akan dapat balik Parlimen Beruas sebab faktor tadi iaitu kemenangan DAP hanya 2,000 ke 5,000 ini undi, kalaulah jentera PAS tidak bergerak DAP tak mungkin akan menang,’’ kata Mohd Ali.

Menurut beliau pada PRU ke 14 pula, kalau tidak berlaku persempadanan di mana Setiawan masuk ke parlimen dan kemudian dinamakan Air Tawar, BN akan menang tapi kalau masuk persempadanan BN akan kalah sebab lebih kurang 14,000 pengundi Cina akan bergerak daripada DUN Setiawan kepada Parlimen Air Tawar.

"Tetapi di Lumut mereka tidak akan menang sebab akan menjadi kawasan majoriti Melayu dengan didominasi oleh BN,"katanya.

Mohd Ali turut optimis kemenangan bakal berpihak kepada BN sekiranya  berlaku pertandingan tiga penjuru .

"Kalau tiga penjuru saya lebih suka diwujudkan PAN, PPBM, tambah lagi lebih baik sebab nak menyusun kerusi untuk bertanding bukan perkara mudah bagi setiap pembangkang...lebih-lebih lagi kalau semua bertanding.

Mengenai DUN Pantai Remis, katanya Pantai Remis merupakan kubu kuat DAP kerana majoriti pengundi Cina terlalu tinggi dan dalam sejarah piliihanraya hanya sekali Pantai Remis menang pada 1995 iaitu pada ketika pengundi cina sokong BN, sebelum dan selepas itu tak pernah menang.

Bagi DUN Pengkalan Baharu pula katanya, BN tidak pernah kalah di Pengkalan Baru walaupun salah meletakkan calon, ada ketika menang hanya 14 undi akibat protes penyokong BN dan kemudian apabila diletak calon yang betul menang balik dengan majoriti 2,000 undi.

"Kali ini BN bakal berada pada status selesa di mana orang PAS tidak boleh menyokong DAP dan orang DAP tidak boleh menyokong PAS,’’ katanya.

Untuk rekod P068 Beruas : Chang Ko Youn- BN (16,882) Ngeh Koo Ham- DAP (21,939) Menang- DAP dengan majoriti 5,057 undi

N36 Pengkalan Baharu: Abd Manap Hashim- BN (8,281) Khairuddin Abd Malik- PAS (5,776) Ahmad Nizam Ibrahim- Bebas (98) Menang- BN dengan majoriti 2,505 undi

N37 Pantai Remis : Koh Ser Yun- BN (7,621) Wong May Ing- DAP (17,092) Menang- DAP dengan majoriti 9,471.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana