Tan Seng Giaw punca DAP takut patuhi arahan ROS...?

Ada kemungkinan DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kerana khuatir pengaruh pemimpin kanan parti itu, Dr Tan Seng Giaw.

Dr Tan sebelum ini beberapa kali mengkritik kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Guan Eng berkata Ahli Parlimen Kepong itu sudah tidak 'berhubung dengan parti' sejak awal tahun ini.

Untuk rekod, Dr Tan merupakan pemimpin veteran DAP antara yang paling berpengaruh selepas Lim Kit Siang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee tidak menolak jika pemilihan CEC diadakan semula, kemungkinan kemenangan akan memihak kepada puak Dr Tan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi DAP.

“Ada cerita mendakwa wujud hubungan tegang antara Lim Kit Siang dengan Dr Tan, mungkin ini benar dan mungkin sebab itu juga, menjadi punca ketakutan DAP untuk mematuhi arahan ROS,” kata beliau di blog Umnobahagiancheras.

Beliau berkata demikian ekoran hubungan tegang antara Dr Tan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng susulan teguran ikhlas Dr Tan yang khuatir dengan ‘kehancuran kehijauan’ yang kian serius di Pulau Pinang.

Lim yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, dikatakan ‘naik angin’ dengan kenyataan Dr Tan.

“DAP selama ini mempertahankan amalan diktator bagi memastikan politik dinasti keluarga Lim terus kekal bertapak. Tetapi, DAP terutama Lim Kit Siang kemungkinan tidak akan mengadakan pemilihan semula kerana bimbang amalan diktator akan terhapus,” tambahnya.

Tegasnya, tindakan DAP yang cuba alihkan perhatian dengan menuduh Umno dan kerajaan ada kaitan dengan arahan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), sebagai karut dan tidak berasas.

Sambil menyifatkan DAP sebagai parti rasis paling teruk untuk mengekalkan penguasaan kuku besi dinasti politik keluarga Lim Kit Siang, Syed Ali juga berkata DAP kini tidak mempunyai helah untuk tidak mengadakan pemilihan semula sepertimana diarahkan oleh ROS.

“Untuk berlaku adil dan membuktikan DAP mengamalkan budaya demokrasi, mereka perlu akur dengan arahan ROS,” ujarnya.

Justeru kata beliau, jika DAP berdegil dengan arahan ROS bermakna mereka bersedia untuk diketepikan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Itu bukan salah Umno atau kerajaan, yang terbukti salah adalah DAP kerana sengaja untuk tidak mematuhi peraturan atau pun klausa sedia ada yang terkandung dalam syarat pendaftaran ROS,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, ROS pada Jumaat mengarahkan DAP untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata pemilihan yang baru perlu memandangkan pelantikan yang dibuat pada 29 September 2013 tidak sah.

Bagaimanapun, arahan ROS tidak disambut baik oleh DAP, yang mendakwa kemungkinan adanya ‘campur tangan Umno’ dalam keputusan ROS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana