Tak Tahulah JIka DAP Memerintah Malaysia!!!!! Tak penuhi tuntutan, DAP tak hormat perundangan negara

DAP digesa menghormati tuntutan perundangan negara serta perlu akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC).

Pada masa yang sama, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan sikap pimpinan parti itu yang suka mempolitikkan isu berkenaan.

“RoS adalah satu jabatan yang perlu kita hormati. UMNO dulu pun pernah kena haram. Kita akur. Takkan mereka melangkau undang-undang.

“Bila buat balik pemilihan, selesai masalah” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas demikian selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri di Menara Usahawan, Putrajaya, hari ini.

Pada Sabtu lalu, pimpinan DAP mendakwa terdapat unusr sabotaj daripada BN serta cuba mengingkari arahan RoS apabila masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC baharu susulan pemilihan pada 2013 dianggap tidak sah di sisi undang-undang.

DAP dijangka mengadakan pertemuan dengan RoS dalam tempoh terdekat, bagaimanapun ianya masih belum dilaksanakan.

Sementara itu, Rahman berkata, calon DAP mungkin tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum sambil menggunakan logo parti mereka jika tidak patuh dengan arahan agensi pendaftar pertubuhan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana