TAK SALAH NAK PELIHARA ANJING, KATA MAZA

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata hukum bagi orang Islam yang memelihara anjing tanpa sebab hanya makhruh serta tidak berdosa.

Menurutnya berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, yang disebut hanyalah pengurang pahala dan sebahagian fugaha memilih hukum makhruh kerana mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

“Nabi SAW bersabda:Sesiapa yang memelihara anjing maka sesungguhnya berkurangan (pahala) amalannya setiap hari sebesar qirat (sebesar Bukit Uhud), kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.

“Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat,” kata Mohd Asri dalam laman sosial Facebooknya.

Asri menjelaskan Islam turut membenarkan masyarakat Muslim untuk memliki anjing buruan, sebagai teman untuk berjalan atau untuk menjaga keselamatan rumah seperti kisah Ashab al-Kahfi.

“Dalam al-Quran, Allah menyebut: (Maksudnya) Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu.

“Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4).

“Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir,” jelasnya lagi.

Asri bagaimanapun berkata umat Islam dilarang memelihara anjing di dalam rumah sekiranya tidak mempunayi tanpa alasan yang kukuh.

Menurutnya ini kerana ada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut jilatan anjing adalah najis.

“Bagi mengelak dijilat anjing yang sentiasa menjelir lidah yang dianggap najis dari segi agama dan bahaya mengikut sains, maka Islam melarang memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan kukuh,” kata pula.

Beliau mengulas perbuatan seorang wanita Islam yang bertudung memelihara anjing dalam rumah yang membiarkan anjing peliharaannya menjilat beliau dan menjadi viral setelah memuat naik dalam Facebook wanita tersebut.

Menurut Mohd Asri, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menyebut Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Sesiapa yang memelihara anjing maka sesungguhnya berkurangan (pahala) amalannya setiap hari sebesar qiroth (sebesar Bukit Uhud) kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan).”

Selain itu, salakan dan bulu-bulu anjing yang berterbangan seolah-olah tidak mengalu-alukan tetamu sedangkan Islam menggalakkan masyarakat menjalin hubungan baik dengan jiran, tambahnya.

Beliau berkata banyak kajian mendapati gigitan dan najis anjing berbahaya kepada kesihatan manusia dan atas sebab itu Islam mengingatkan penganutnya mengenai bahaya memelihara anjing tanpa sebab kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana