SUBSIDI PENDIDIKAN DI MALAYSIA ANTARA TERBAIK DUNIA

Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM42 bilion setahun bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan kelengkapan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemberian subsidi pendidikan di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia, namun cuba diputar-belit oleh pakatan pembangkang kononnya kerajaan Persekutuan gagal memberikan pendidikan sempurna kepada rakyat.

“Pelajar diberi buku teks percuma, dikecualikan yuran peperiksaan dan kerajaan juga tanggung yuran keselamatan. Kita juga wujudkan Rancangan Makanan Tambahan, Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Biasiswa Kecil Persekutuan dan pelbagai lagi.

“Selain itu, untuk perbelanjaan makanan di sekolah asrama di seluruh negara sahaja babitkan kos RM1 bilion. Ini belum termasuk dengan perbelanjaan sekolah Orang Asli dan peruntukan tahunan RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berucap merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Shah Alam di sini, hari ini.

Mahdzir turut mengingatkan pakatan pembangkang supaya berhenti memainkan isu pendidikan percuma kerana Kerajaan Persekutuan sudah melaksanakannya di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Dalam pendidikan tidak perlu cabar mencabar kerana kita buat yang terbaik untuk rakyat. Saya tidak setuju kalau isu pendidikan diputar belit.

“Selain itu, kita sentiasa memastikan kemiskinan tidak menjadi kekangan untuk setiap anak bangsa mendapatkan pendidikan untuk mengubah nasib mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana