Sokongggg Sangat Tu!!!!! MCA, MIC, Gerakan mesti bantu Umno tawan Pulau Pinang - Jahara

 Walaupun semua calon Umno menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun, Barisan Nasional (BN) tetap tidak mampu merampas kembali Pulau Pinang jika tidak dibantu MCA, MIC serta Gerakan.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara  Hamid berkata Umno yang kini mempunyai 15 kerusi memerlukan bantuan parti komponennya untuk memenangi sekurang-kurangnya enam kerusi lagi pada pilihan raya akan datang.

"Kita ada 15 sahaja kerusi yang dipertandingkan dibawah Umno. Jadi bermakna kita perlu tambah kerusi yang dipertanding oleh Gerakan, MCA dan MIC untuk mendapat sekurang-kurangnya 21 kerusi (untuk tawan Pulau Pinang)," katanya kepada Antarapos dalam temubual eksklusif di Pusat Khidmat Teluk Air Tawar baru-baru ini.

Jahara memberitahu jentera pilihan raya Umno BN Pulau Pinang sudah pun digerakkan, malah pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya umum diadakan.

Beliau kemudiannya menyeru rakyat Pulau Pinang agar membuka mata dan menilai sikap kerajaan negeri DAP yang tidak membela sewajarnya nasib rakyat terutama masyarakat Melayu di sini.

"Apa yang telah disalahguna kerajaan negeri sekarang yang mana kita tidak boleh perbetulkan lagi di masa depan.

"Macam saya cakap hilang tanah, sampai bila tidak dapat. Jadi macam itulah. Orang Pulau Pinang habis berhijrah ke tempat lain payah nak patah balik,  jadi ini yang kita harus fikirkan dan minta rakyat Pulau Pinang menimbangkan sewajar-wajarnya," jelasnya.

Parti DAP memperoleh mandat mentadbir kerajaan negeri selama dua penggal sejak tahun 2008 dibawah gabungan Pakatan Rakyat (PR) apabila pakatan itu berjaya memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13 lepas.

DAP pemegang majoriti ekoran mempunyai 19 kerusi. Manakala PKR mempunyai 10 kerusi dan PAS hanya 1 kerusi di Permatang Pasir.

Sementara itu, parti komponen BN MIC, Gerakan dan MCA tidak mempunyai satu pun kerusi dalam DUN.

Manakala, Umno mempunyai 10 kerusi yang merupakan kerusi tradisi yang dimenangi pada PRU13 lepas.

Antara 10 kerusi yang dipegang Umno ialah Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Sungei Acheh, Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana