Sokong Anwar jadi PM bukti Dr Mahathir licik

ALOR SETAR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri membuktikan sifat 'licik' bekas Perdana Menteri itu. Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata kelicikan Dr Mahathir itu turut menyerlahkan niat sebenar beliau yang selama ini menjadikan Pakatan Harapan sebagai 'alat' untuk menjayakan matlamat dendam peribadi. Beliau berkata, Pemuda UMNO Kedah melhat Pakatan Harapan yang dibentuk sebelum ini sedang dipergunakan oleh Dr Mahathir sekeluarga bagi melunaskan nafsu politik mereka.

"Namun, kita yakin 'pakatan dendam' yang cuba direncana itu tidak akan memberi kesan terhadap keyakinan rakyat. "Kita nasihatkan jentera Pakatan Harapan berhenti daripada terus merelakan diri mereka dipermainkan secara politik dalam sentimen Mahathir sekeluarga. "Pada masa sama, Mahathir perlu 'berundur' dan berhenti memalukan diri sendiri," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Shaiful Hazizy berkata, pihaknya percaya Dr Mahathir kini terlalu terdesak untuk menjatuhkan kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

"Kita juga yakin ini satu tindakan 'defensif' bagi menghadapi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM). "Pemuda UMNO Kedah cabar Dr Mahathir hadapi RCI ini dengan telus. Beliau tidak perlu menekan butang panik sehingga sanggup membuat pusingan U," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana