SIMPANAN LEBIH RM1 JUTA, TAPI RAFIZI MINTA RAKYAT BAYARKAN SAMAN RM300,000 UNTUKNYA

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meminta rakyat untuk membayarkan saman RM300,000 dikenakan ke atasnya ekoran fitnah dilakukan oleh NFC Corp enam tahun lalu walaupun Ahli Parlimen Pandan itu mempunyai simpanan pelaburan bernilai lebih RM1 juta.

“Rafizi sudah tiada akaun (pelaburan) Tabung Haji, tapi masih ada RM261,000 di Amanah Saham Berhad (ASB) dan RM775,000 di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Mengapa perlu kutip derma untuk bayar saman fitnah RM300,000?” kata penganalisis politik, Lim Sian See.

Perintah bayaran saman diserahkan kepada peguam Rafizi oleh wakil NFC atau pemimpin PKR itu akan diisytihar bankrap, kata Rafizi dipetik kenyataannya.

“Beberapa minggu lalu, peguam saya menerima surat tuntutan meminta RM300,000 dibayar. Jika tidak mereka menggugut untuk memulakan perbicaraan mengisytiharkan saya bankrap.

“Rayuan saya terhadap keputusan (saman) hanya akan didengar pada Oktober 2017, dan oleh itu, malangnya, saya terpaksa menurut.”

Sementara itu, Netizen menyifatkan usaha Rafizi untuk mengumpulkan dana sebagai wayang politik bagi meraih simpati.

“Ni berjuang untuk rakyat ke, nak menyusahkan rakyat,” soal Eddiman Norbi.

“Sayang guna duit sendiri, baik guna duit supporter,” kata Hven Kho.

“Duit rakyat senang digunakan untuk finah orang,” ujar Rajneethi Guru.

“Kata negara dah nak bankrap, rakyat menderita GST tapi suruh rakyat derma. Kesotongan apakah???” soal Feruzz.

Rafizi pada November tahun lalu diperintah membayar ganti rugi kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Mahkamah menetapkan saman sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi munasabah kepada Mohamad Salleh selain memerintah Rafizi membayar kos RM100,000 kepada plaintif.

Mohamad Salleh dan NFCorp memulakan saman terhadap Rafizi pada 2012 selepas ahli parlimen pembangkang itu membuat kenyataan fitnah di ibu pejabat PKR.

Rafizi mendakwa, syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan hartanah KL Eco City. – mD
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment