‘SIAPA KATA SAYA SOKONG ANWAR JADI PM’ – DR MAHATHIR...Berbelit Belit Cakap Madey Ni

Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menafikan beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebagaimana dilaporkan oleh The Guardian.

Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya menegaskan Anwar tidak boleh menjadi pemimpin negara kerana tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.“Siapa kata saya sokong, kita bincang struktur parti. Beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sehingga pakatan pembangkang melantik seorang Perdana Menteri sementara sekiranya menang untuk membebaskannya, sehingga itu berlaku, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri.

“Perlu ada Perdana Menteri sementara, kalau tidak, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sebab tidak boleh bertanding,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘A Driver’s Son’ oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana