Siapa boss?…Pakatan Harapan umum tiga boss dalam struktur kepimpinan baru

Pakatan Harapan nampaknya terpaksa ambil jalan keluar melantik tiga orang boss untuk elak sengketa dan tunjuk seolah ia berpadu tenaga untuk menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 14.

Ini berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden pakatan itu Khamis malam melantik orang yang masih dalam penjara atas kesalahan meliwat,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum,Tun Dr Mahathir Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Presiden.

Soalnya…siapa boss kerana struktur kepimpinan pakatan ini berbeza dengan gabungan parti politik lain termasuk BN yang diketuai oleh seorang Presiden.

Mesyuarat itu tidak menamakan siapa calon Perdana Menteri mereka namun memutuskan akan memulakan proses memohon pengampunan Anwar dari Yang Dipertuan Agong dalam tempoh seminggu jika menang PRU14.

Kalangan pemerhati politik menilai keputusan yang dibuat dalam mesyuarat yang berlangsung di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya itu adalah sesuatu yang dijangka dan jelas mengambarkan ia langkah untuk ‘sapu sampah dibawah permaidani’.

Ia dikatakan sekadar berpakat untuk berpakat.

Senario kepimpinan seumpama itu dikatakan boleh mencetuskan pelbagai ketidaktentuan.

Ibarat kata belum menang semua nampak cantik…sebaliknya jika menang kemungkinan berlaku ‘ perang besar u see’ dalam perebutan jawatan dan sebagainya.

Dalam usaha untuk menentang BN yang guna satu logo yakni dacing berlatarkan warna biru,mesyuarat berkenaan juga memutuskan pengunaan logo bersama yakni tulisan ‘ Harapan’ dengan logo puncak gunung berlatarkan warna merah.

Selain Ketua Umum,Pengerusi dan Presiden ia mengumumkan ketua tiga parti komponen lain yakni Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muihyiddin Yassin ,Presiden PAN Mohamed Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Timbalan Presiden.

Empat Naib Presiden pula ialah Datuk Seri Azmin Ali (PKR) ,Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM) ,Chong Chieng Jen (DAP), Salahuddin Ayub (PAN).

Dr Mahathir yang bertindak sebagai jurucakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan ditanya apakah Anwar calon Perdana Menteri pakatan itu mengikut struktur kepimpinan yang diputuskan.

Beliau membayangkan bahawa akan ada Perdana Menteri lain terlebih dahulu kerana lantikan Anwar tidak boleh dibuat serta merta.

“Dia akan dibebaskan hasil usaha perdana menteri yang terdahulu daripadanya dan kita akan mohon supaya dia dapat pengampunan diraja dan selepas itu kita akan melalui proses undang-undang,” katanya.

Katanya siapa orang berkenaan akan diisytihar tidak lama lagi.

Seperti biasa mesyuarat Pakatan itu juga mengumumkan beberapa ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan termasuk menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana