Setelah lalui ‘ mimpi ngeri’ dibawah pemimpin sebelumnya…PM janji akan pastikan MAS pulih

Ini satu bab yang kata orang kalau cakap buat sakit hati mengenangkan segala macam liku yang dilalui Malaysia Airlines Bhd (MAB) sehingga berbagai langkah terpaksa diambil untuk letak balik syarikat penerbangan negara ke landasan yang betul.

Semua ini gara-gara keputusan-keputusan silap selain melibatkan pelbagai isu.

Kini segala masalah dan beebn ini terpaksa dipikul oleh pentabiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang antara lain telah membuat pengstrukturan semula MAB.

Sekalipun ramai yang sedia maklum di zaman siapa segala masalah syarikat penerbangan itu bermula namun Perdana Menteri yang berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Malaysia Aviation Group (MAG) di Malaysia Airlines Engineering Complex, di Sepang Isnin tidak menyebut nama sesiapa.

Beliau cuma kata salah satu pemimpin sebelumnya.

"Saya boleh katakan, sejarah MAS penuh keputusan dahsyat pada masa lalu."Saya tidak akan bercakap mengenainya tetapi ia adalah mimpi ngeri yang dilakukan ke atas MAS oleh salah satu pemimpin sebelum saya.

"Tetapi saya akan betulkan. Saya akan pastikan MAS pulih dan menjadi syarikat penerbangan terkemuka di dunia," kata Najib.

Serentak dengan itu Perdana Menteri memberitahu MAB dijangka mula mengutip keuntungan tahun depan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew kepadanya hari ini.

"Peringkat pertama (penstrukturan Malaysia Airlines) menumpukan kepada menstabilkan kewangan MAB, dan itu telah dicapai.

"Saya dapat mengesahkan semasa bersembang dengan Bellew bahawa beliau menjangkakan MAB kembali mencatat untung tahun depan," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tumpuan kini diberikan kepada fasa kedua penstrukturan MAB yang melibatkan pertambahan laluan baharu termasuk 11 laluan dari China.

Najib berkata fasa kedua itu turut menyaksikan aspek 'produk susut nuilai' seperti makanan dalam pesawat, hiburan dan kualiti pesawatnya.

"Hari ini saya diberitahu bahawa anda (MAB) sedang menuju fasa kedua pemulihannya" katanya.

Menerusi langkah tersebut, Najib berkata Malaysia Airlines mampu memperoleh semula penarafan lima bintang Skytrax menjelang tahun depan (2018).

Menurutnya, ketika keputusan dibuat untuk menstruktur semula syarikat penerbangan nasional itu yang melibatkan pengurangan kira-kira 6,000 petugas, beliau telah memberi arahan kepada Khazanah Nasional Bhd untuk melaksanakannya dengan cara berperikemanusiaan sebaik mungkin.

"Kini saya dimaklumkan 78 peratus telah mendaftar untuk mendapatkan peluang pekerjaan lain dan daripada jumlah tersebut 98 peratus telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Pada majlis itu, Najib turut meminta setiap petugas MAB supaya terus berdedikasi dan komited ke arah kejayaan syarikat itu.

"Bagi saya dan rakyat Malaysia, kita tidak melihat MAB sebagai syarikat penerbangan biasa, MAB membabitkan negara, ikon kita, kebanggaan dan kegembiraan kita, kita mesti memastikan Malaysia Airlines akan pulih dan menjadi satu Syarikat terkemuka, " katanya.

Sempena acara itu, Najib juga melancarkan penyiaran lagu Negaraku secara langsung dalam pesawat Malaysia Airlines 'B737-800.

Pesawat B737, yang pertama daripada beberapa buah pesawat akan mengibarkan bendera Malaysia bagi penerbangan kurang daripada tujuh jam seperti ke Shanghai dan Perth.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment