Serbu Rumah Madu Baru, Wanita Cedera Ditumbuk Suami

SEGAMAT, 6 Julai — Seorang wanita lebam dan bengkak pada mata kiri selepas ditumbuk beberapa kali oleh suaminya dalam satu pertengkaran pada Ahad.

Insiden jam 10 pagi itu berlaku ekoran desakan Janah Johar, 25, supaya suaminya, 32, mengaku baru berkahwin dengan gadis “mak cik cun” di negara jiran, lapor Harian Metro.

Rahsia lelaki itu seorang tukang kayu, terbongkar setelah kepetahan anak lelakinya, 5, memaklumkan bertemu wanita itu, 20, bersama suaminya.

Janah, yang tidak mengendahkan khabar angin suaminya berpoligami beberapa bulan lalu, berasa tidak sedap hati sebelum pergi ke rumah wanita berkenaan bersama anaknya, di Kampung Abdullah di sini.

Bercerita lanjut, Janah berkata dia bertengkar dengan suaminya selepas mendesak lelaki itu menjelaskan status perkahwinan tersebut.

“Wanita berkenaan hanya mendiamkan diri, tetapi suami tiba-tiba naik angin akibat didesak untuk mengakui sama ada dia menikahi wanita itu atau sebaliknya.

“Saya ditumbuk beberapa kali di muka menyebabkan mengalami bengkak di kelopak mata kiri,” katanya yang sudah enam tahun berkahwin dengan lelaki itu.

Selepas mendapatkan rawatan, Janah membuat laporan polis, mengadu kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Segamat dan mendapatkan perintah mahkamah supaya suaminya tidak melakukan sebarang keganasan.

Polis Segamat pula sedang menjejaki lelaki itu yang tidak pulang ke rumah sejak kejadian. Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana