SEPATUTNYA KITA BERBANGGA!!!!! JANGAN POLITIKKAN PENYERTAAN KHAIRY DALAM SUKAN SEA – GAUM

Penyertaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam skuad polo kebangsaan bagi mewakili Malaysia untuk bertanding didalam Sukan Sea tidak seharusnya dipolitikkan.

Menurut Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar, penyertaan Khairy termasuk DYMM Sultan Terengganu mewakili skuad tersebut seharusnya dilihat dari sudut positif dan sebagai wadah serta pemangkin bagi membangkitkan semangat di kalangan seluruh rakyat Malaysia untuk bersukan demi menjaga kesihatan.

“Di antara matlamat pertandingan Sukan Sea termasuk juga mana-mana pertandingan sukan di seluruh dunia adalah bagi memupuk semangat kesukanan di kalangan rakyat jelata.

“Justeru penyertaan Khairy yang disifatkan sebagai mewakili Menteri Kabinet Malaysia seharusnya disokong sepenuhmya oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa memilih fahaman politik mereka.

“Kita tidak seharusnya melihat penyertaan Khairy untuk mencari publisiti murahan sebaliknya Khairy sememangnya telah popular di kalangan anak muda di Malaysia sebelum ini serta mempunyai penyokong dan peminat tersendiri sejak Khiary memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sejak tahun 2009 lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu ujar beliau, GAUM meyokong penuh penyertaan Khairy Jamaluddin termasuk DYMM Sultan Terengganu ke dalam skuad polo kebangsaan dan sekiranya ada cabaran untuk mempelawa skuad itu bertanding bagi menilai prestasi mereka dengan bermatlamat untuk mencari kelemahan sebaiknya cabaran ini perlu diabaikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana