Selesaikan masalah dalam... DAP perlu henti sebar berita palsu terhadap kerajaan

Pengerusi  DAP Johor Liew Chin Tong sepatutnya memberi tumpuan bagi membetulkan kepincangan demokratik dalam partinya dan bukan sebaliknya menjaja berita palsu, memburuk-burukkan dan menyebarkan pembohongan mengenai kerajaan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata Chin Tong sebagai Ahli Parlimen Kluang pada hakikatnya perlu lebih prihatin terhadap masalah serius yang dihadapi partinya kerana DAP tidak pasti sama ada ia akan dibenarkan untuk menggunakan logo roket pada pilihan raya umum akan datang kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan.

"Ini kerana pemilihan parti DAP' dikatakan dijalankan secara tidak demokratik dengan didalangi oleh Penang Official 1 (PO1) dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator selama setengah abad ke atas DAP.

"Ini bermakna Setiausaha Agung DAP', Penang Official 1 (Lim Guan Eng), tidak mempunyai kuasa untuk memberi apa-apa arahan dalam parti kerana beliau tidak diiktiraf secara sah.

"Malah, seluruh kepimpinan DAP terancam dan boleh diisytiharkan haram kerana didakwa melakukan manipulasi dalam pemilihan parti," katanya dalam kenyataan.

Tengku Sariffuddin berkata, apa yang Chin Tong dan rakannya boleh lakukan untuk parti ialah meminta P01 yang menghadapi tuduhan rasuah supaya meletak jawatan.

Selain itu, katanya, meminta penasihat parti Lim Kit Siang bersara selepas kegagalan pemerintahan diktator selama setengah abad dan meminta naib pengerusi DAP Tan Seng Giaw, yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat daripada kepentingan peribadi, untuk mengambil alih kepimpinan parti.

"Kita kini berada di abad ke-21. Diktator adalah peninggalan masa lalu - walaupun pembangkang mendakwa bahawa ia bercakap untuk demokrasi, sekarang bukan seorang tetapi dua orang diktator yang menerajui parti, "katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana