Sebat dalam Islam tidak mencederakan tapi menginsafkan - Peguam

SHAH ALAM: Falsafah pelaksanaan hukuman dalam Islam adalah bukan untuk mencederakan malah agama ini amat menghormati hak manusia, tegas Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Tidak seperti hukuman sivil, sebatan mengikut tafsiran Mahkamah Syariah jauh lebih ringan namun menekankan aspek 'mendatangkan aib' kepada pesalah sehinggakan mereka enggan lagi mengulangi kesalahan itu.

"Hukuman dalam Islam bukan untuk mencederakan tetapi lebih kepada mahu beri pengajaran kepada pesalah dan juga orang yang menyaksikan hukuman itu dijalankan,"

"Sebatan di Mahkamah Sivil sungguh dahsyat. Sekali sebat sudah berdarah dan ada yang pengsan.  Malah hukuman itu dibuat dalam keadaan (pesalah) berbogel. Tiada perikemanusiaan semasa melakukan sebat itu.  Lepas sebatan memang tak boleh baring kena meniarap sahaja," kata Zainul ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Zainul menerangkan perbezaan antara sebatan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sebagai mengulas kontroversi yang cuba dicetuskan beberapa pihak sebaik sahaja DUN Kelantan meluluskan pindaan kepada Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2017, Rabu lalu.

Beliau kemudiannya menyatakan rasa kesal apabila isu sebatan diperbesarkan walhal pindaan itu membabitkan lebih 30 peruntukan di dalam enakmen berkenaan.

Beliau kemudiannya membidas sesetengah pihak yang mempertikaikan pelaksanaan hukuman sebat mengikut syariah Islam, walaupun tidak memahami bagaimana sebenarnya ia dilakukan.

"Kenapa mahu mansuhkan hukuman sebatan syariah yang ringan, macam guru disiplin sekolah rotan anak muridnya sahaja? berbanding dengan sebatan sivil yang lebih zalim dan mencederakan?

"Hari ini walaupun sebatan sivil dilakukan kepada pesalah rogol, merompak, dadah dan sebagainya mereka disebat dengan sebegitu zalimnya, adakah kadar jenayah tersebut menurun? Jawpannya tidak. Kadar itu masih lagi meningkat," tegas Zainul.

Zainul yakin jika hukuman sivil dimansuhkan, kaedah sebat mengikut Mahkamah Syariah yang jauh lebih ringan mampu mengurangkan kadar jenayah dan menimbulkan keinsafan dalam diri pesalah jenayah.

"Sudah terbukti di zaman Rasullullah, di zaman Sahabat, hukuman yang dilaksanakan ini telah dapat mengekang daripada kesalahan-kesalahan jenayah daripada berleluasa," ujarnya yakin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana