Saya cuma minat kerusi Pekan: Azmin..Tidak Hairan Lah...Nak Pergi PErgi Lah

Cakap kosong boleh ler...Azmin ni kalau bertanding di Selangor belum tentu lagi menang kali ini...percaya lah.Dulu boleh lah Ada Ahli PAS yang undinya....Kini tidak tiada lagi

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan nada sinis berkata beliau hanya berminat dengan kerusi Parlimen Pekan yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, jika mahu bertanding.

Tegasnya, beliau tidak berminat dengan kerusi Parlimen Ampang seperti yang diperkatakan sebelum ini.

"Saya dah sebut hari tu saya tak minat dengan Ampang. Kalau perlu saya beralih, saya minat dengan Pekan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.

Sebelumnya, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal, mengalu-alukan Mohamed Azmin Ali yang dilihat berminat untuk bertanding di Parlimen Ampang pada PRU14.

Ia berikutan khabar angin yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden PKR itu mengintai kerusi di Ampang bagi menggantikan penyandang terkini, Zuraida Kamaruddin atas beberapa faktor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana