Saya akan tanding PRU-14 jika keadaan terdesak, kata Dr M...Teruk PErangai Madey Ini...Giler Nak Berkuasa Lagi

KULIM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya keadaan terdesak apabila tiada calon pilihan yang bersesuaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui pada majlIs Jamuan Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah berkata, sehingga kini keadaan itu tidak timbul kerana parti itu masih mempunyai ramai calon yang layak.

“Saya tak tentukan lagi, saya akan bertanding ataupun tidak, cuma dalam keadaan terdesak sahaja barulah saya akan bertanding tapi di waktu ini tak nampak terdesak,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan Pengerusi PPBM itu akan bertanding pada PRU14.

Sementara itu, Dr Mahathir menyifatkan hasrat PAS untuk bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen di Kedah hanya untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kemasukan PAS dalam sesebuah kawasan akan mendorong pertandingan tiga penjuru dan ini akan memberi kelebihan kepada BN.

Bagi PPBM pula, Dr Mahathir yakin parti itu mendapat sokongan anggota PAS disebabkan berlaku perpecahan di kalangan mereka selain hilang keyakinan kepada kepemimpinan tertinggi PAS.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment