Saudi bagi kuota Haji lebih, kalau ikut peraturan sebat terbuka kata bekas Menteri Mahathir

Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini memuat naik sindiran tajam di blognya susulan langkah kerajaan Kelantan meluluskan enakmen membolehkan pesalah syariah disebat di khalayak ramai, dengan berkata ia sudah pasti menggembirakan kerajaan Arab Saudi yang masih menggunakan kaedah itu.

Bekas menteri penerangan itu berkata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kini menerima satu lagi “produk baru pelancongan” di mana pelancong asing dan negara maju boleh “menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbarik di sebuah negara demokrasi dan moden Malaysia”.

Menurutnya, pelaksanaan hukuman itu di Arab Saudi dan Brunei tidak menimbulkan tanda tanya disebabkan kedua-dua negara itu diperintah oleh raja mutlak.

Sebaliknya, langkah serupa di Malaysia yang merupakan negara mengamalkan demokrasi adalah sesuatu yang baharu.

“Langkah ini juga boleh dipromosikan oleh Nazri di kalangan negara-negara Arab sebagai usaha membantu memperbaiki imej Arab Saudi yang masih mengekalkan cara hukuman yang tidak bertamadun.

“Tentunya dengan itu Arab Saudi akan meningkatkan kuota bilangan jemaah haji Malaysia ke Mekah,” tulis Zainuddin yang mesra dengan panggilan Zam Maidin.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana