SANGGUPKAH PAS DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YANG TERHUTANG SEGALANYA KEPADA DAP?

Maklumat terkini yang diterima adalah Tuan Ibrahim dilaporkan telah mengadakan perjanjian rahsia dengan Pakatan Harapan tanpa pengetahuan Hadi Awang. PAS akan menentang Barisan Nasional secara satu lawan satu di Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk kerusi DUN sementara Pakatan Harapan akan menentang Barisan Nasional untuk kerusi parlimen. Pakatan rahsia ini akan memastikan satu lawan satu di negeri-negeri majoriti Melayu.

Pakatan Harapan tidak kisah sekiranya PAS memenangi Kedah, Kelantan dan Terengganu lantas berjaya membentuk kerajaan di tiga buah negeri tersebut. Apa yang sebenarnya dimahukan oleh Pakatan Harapan adalah kerusi parlimen, agar dapat membentuk kerajaan persekutuan. DAP mengetahui jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di tiga buah negeri tersebut sekalipun, ia tidak akan menjejaskan apa-apa kepada parti chauvinis itu. Maka, tidak timbul isu jika kerusi-kerusi tersebut kelak dimenangi sekutu mereka iaitu PAN, PKR dan PPBM.

DAP bersedia untuk membenarkan negeri-negeri yang didominasi 97% pengundi Melayu agar ditadbir oleh PAS dengan harapan Pakatan Harapan menguasai peringkat persekutuan. Untuk menuju Putrajaya, Pakatan Harapan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen (120 kerusi menjadi idaman), dan DAP dianggarkan bakal menguasai 54 kerusi, sekaligus menjadikan mereka majoriti sementara 58 kerusi parlimen dibahagikan antara PAN, PKR dan PPBM.

Perjanjian di antara Tuan Ibrahim dengan Pakatan Harapan ini sudah tentu bertentangan dengan strategi pilihanraya PAS yang mahu bertanding 140 dari 222 kerusi parlimen dengan harapan menang 122 atau lebih kerusi seterusnya membentuk kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum yang akan datang. PAS telah membuat pengumuman untuk bertanding 140 kerusi, dan jika Tuan Ibrahim bersetuju cadangan PAS tidak akan bertanding semua kerusi parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu, ini akan menjadikan beliau menentang arus di dalam parti, atau songsang.

Tuan Ibrahim dilaporkan mengalami masalah kewangan berikutan kegagalan urusan perniagaan melibatkan tanah di Pahang, dan beliau terdesak untuk mencari beberapa juta ringgit untuk menyelesaikan masalahnya. Wujud juga dakwaan bahawa urusniaga tersebut melibatkan unsur penipuan, jadi ia bukan sahaja tetang kegagalan urusniaga komersial, tetapi mungkin juga melibatkan unsur jenayah jika benar.

Dengan masalah kewangan yang dilaporkan meruncing ini membuatkan Tuan Ibrahim sangat rapuh dari segi kewangan, lantas melalui Timmy Say, DAP dikhabarkan telah berjanji untuk membantu Tuan Ibrahim menyelesaikan masalah kewangannya. Melalui sumber dalaman DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju untuk membiayai segalanya hanya sekiranya Tuan Ibrahim berjaya menjadikan impian Pakatan Harapan bergabung dengan PAS untuk pilihanraya menjadi kenyataan.

Siapa Timmy Say?

Timmy adalah pembantu Tuan Ibrahim. Dia bertanggungjawab membuat kajian dan memberi maklum balas kepada Tuan Ibrahim, termasuk menyediakan kenyataan-kenyataan Tuan Ibrahim, selain artikel dan mesej-mesej diatas nama Tuan Ibrahim. Dia juga mengurus aplikasi Facebook, WhatsApp dan lain-lain bagi pihak Tuan Ibrahim. Pendek kata, Timmy ibarat tukang kunyah makanan agar hancur lumat, supaya mudah ditelan oleh Tuan Ibrahim.

Timmy sentiasa memastikan segala yang diucapkan oleh Tuan Ibrahim bertentangan dengan Hadi Awang, supaya kelihatan kedua-dua pimpinan PAS itu tidak “sebulu” dan masing-masing keras kepala.

Apabila ditanya, mengapa dia bertindak sedemikian, Timmy menerangkan bahawa keduanya sekadar bermain “polis baik dan polis jahat”, Hadi si polis jahat sementara Tuan Ibrahim si polis baik.

Strategi ini seolah-olah satu usaha untuk tidak menutup peluang PAS sertai Pakatan Harapan dan mengadakan hubungan rasmi dengan DAP. Maka, tidak hairanlah jika mereka tidak akan membakar semua jambatan ke Pakatan, dan sekurang-kurangnya membiarkan satu pintu terbuka untuk terus berhubung. Tuan Ibrahim, samada dengan niat atau dimanipulasi oleh Timmy Say, telah menunjukkan bahawa DAP masih mempunyai rakan di dalam PAS, dan masih ada harapan untuk masa hadapan demi Pakatan Harapan.

(Artikel diatas diterjemahkan melalui artikel asal tulisan RPKdi http://www.malaysia-today.net/tuan-ibrahim-stabbing-pas-in-the-back/ )

Penulis sudah lama memerhatikan dengan dekat watak dan kecenderungan Tuan Ibrahim Tuan Man. Andai benarlah tulisan oleh RPK ini, maka tidak hairanlah mengapa Timbalan Presiden ini sangat mesra dengan pimpinan Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana