Salahuddin lawan tauke... kata PAN belum putus siapa MB Kelantan

Macam penampar kena ke muka Lim Kit Siang yang merupakan 'tauke' Pakatan Harapan selepas ada yang sudah berani sanggah pengumuman beliau.

Ini selepas Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub mendakwa DAP tidak merujuk kepemimpinan PAN apabila menamakan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan menang.

Salahuddin berkata Kit Siang, tidak pernah bersuara atau membangkitkan isu calon Menteri Besar Kelantan dengan kepemimpinan parti itu.

"Kit Siang tidak pernah berbincang dengan kami (isu Menteri Besar Kelantan), malah isu itu juga belum pernah dibincangkan dalam kalangan kami (pemimpin Parti Amanah Negara), kita hanya bincang mengenai isu rakyat untuk memastikan kemenangan parti.

"Kit Siang hanya bercakap isu siapa calon Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau diminta mengulas tindakan Kit Siang baru-baru ini yang mencadangkan Husam yang juga Naib Presiden PAN merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Salor sebagai Menteri Besar Kelantan.

Dalam ceramahnya, Kit Siang dilaporkan berkata, beliau yakin Husam boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata cadangan menamakan Husam hanyalah satu pandangan peribadi Kit Siang dan PAN tidak terikat dengan pandangan itu.

Ditanya sama ada Husam layak memegang jawatan itu, beliau berkata rakyat akan menilai siapa yang lebih layak, malah parti mempunyai ramai pemimpin yang layak untuk berada di kedudukan itu.

"Ramai yang layak, kita ada satu kumpulan kepemimpinan hari ini...yang penting kita tidak menonjolkan diri, kita bekerja untuk rakyat.

"Biar rakyat menilai, rakyat bukan bodoh untuk menilai siapa yang paling layak, kita buat kerja hari ini dan tunjukkan kewibawaan, esok jika diberikan kemenangan itu terpulang pada rakyat.

"Apabila sampai masanya nanti, kita akan tonjolkan siapa paling layak mentadbir negara dan negeri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana