RUNDINGAN SAJA CECAH RM120 JUTA BUKTIKAN KERAJAAN DAP PULAU PINANG SEMAKIN GILA

Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng sehingga ke hari ini sering mendabik dada mengatakan negeri Pulau Pinang “bersih” dan “maju” di bawah pentadbiran mereka, namun jika dilihat apa yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu sekarang tidak berlaku seperti yang mereka bangga katakan.

Sebaliknya, saban hari semakin banyak helah Kerajaan DAP Pulau Pinang didedah dan terdedah. Semakin banyak kerosakan dan penindasan mereka didedah dan terdedah. Itulah yang sebenarnya berlaku di negeri tersebut. Hanya kerosakan dan penindasan sahaja yang berlaku.

Ini baru sahaja negeri, sudah banyak perubahan yang membawa penderitaan kepada rakyat. Jika mereka berjaya menguasai negara, entah apa pula yang dilakukan. Berapa banyak pula kerosakan dan penindasan yang akan dilakukan mereka ke atas rakyat dan negara.

Itu sebab rakyat patut memilih parti yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukannya yang hanya tahu menjanjikan janji kosong untuk mencapai kepentingan peribadi sahaja.

Kerajaan DAP Pulau Pinang terus dikritik berhubung kos jururunding pembinaan jalan sepanjang 10.53 kilometer yang mencecah RM120.4 juta sedangkan had bagi yuran berkenaan cuma RM11.7 juta sahaja. Kos rundingan saja mencecah RM 120 juta. Ia membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang semakin gila.

Jadi, memang wajarlah bila Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) menuntut penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang yang memegang 20 lebih jawatan penting dalam negeri itu.

Ini kerana kata Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To, yuran berkenaan sudah merangkumi 32% daripada kos keseluruhan jalan raya yang menghubungkan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang bernilai RM337.6 juta.

“SEPULUH KALI GANDA daripada peratusan skala yuran maksimum diwartakan yang dibenarkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)”

“Kerajaan Pulau Pinang perlu menjelaskan mengapa yuran rundingan sebanyak RM120.4 juta bagi pembinaan jalan raya biasa sepanjang 10.53 kilometer memandangkan Malaysia mempunyai kepakaran yang tinggi dalam pembinaan lebuhraya.”

“Mengapa yuran ini lebih tinggi berbanding RM96 juta yuran rundingan untuk membina terowong dasar laut yang lebih rumit, lebih mahal dan merbahaya bernilai RM3.5 bilion,” kata See-To.

Jalan raya Tanjung Bungah-Teluk Bahang adalah salah satu antara tiga jalan yang menghubungkan tanah besar Pulau Pinang ke projek terowong Pulau Pinang.

Dua lagi jalan berkenaan adalah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Air Itam (5.7 kilometer) dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Persiaran Gurney (4 kilometer) yang masing-masing menelan kos RM851 juta dan RM757.9 juta.

Menurut BEM, kos rundingan meliputi kajian kebolehlaksanaan serta yuran rekabentuk bagi projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Air Itam hanyalah RM22,433,112.88

Sementara bagi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Persiaran Gurney, RM20,587,446 dan jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga projek cuma adalah RM54,735,973.43 (RM54.7 juta).

Pertikaian timbul apabila kos rundingan bagi pembinaan jalan raya Tanjung Bungah-Teluk Bahang setinggi RM120.4 juta.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mempersoalkan projek yang sepatutnya siap pada 2018 itu masih belum mula dibina.

“Kenapa bayar begitu tinggi tetapi projek masih belum berjalan. Pembayaran sudah dilakukan dengan memberi tanah kerajaan negeri dan ianya sudahpun dilangsaikan tetapi jalan raya dan terowong masih belum dibina,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata, beliau memberi peluang kepada Guan Eng untuk menjelaskan sendiri berhubung kenaikan kos luar biasa pembinaan lebuh raya ini sebelum perkara ini dilanjutkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami akan hantar kepada SPRM tetapi kita nak beri peluang kepada Guan Eng supaya rasa selalu dimangsakan,” katanya lagi. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana