Resepi Tapah kekal kubu BN... YB selalu turun padang

Rakyat dan pengundi Tapah masih tetap menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin BN khusus wakil-wakil rakyat  yang mewakili kerusi Parlimen Tapah, DUN Air Kuning dan Chenderiang.

Maka tidak hairan jika Parlimen Tapah dilihat sebagai kubu kuat BN.

Justeru  bagi Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan situasi ini memberi harapan buat BN mengekalkan kemenangan bergaya bagi kerusi Parlimen Tapah, kerusi DUN Air Kuning dan Chenderiang dalam PRU ke14 kelak.

"Kita bukan pemimpin yang mencari pengundi setiap kali semakin hampir pilihan raya tetapi sentiasa bersama rakyat dengan mendengar permasalahan mereka dan mengambil tindakan pantas membantu mereka.

"Hubungan kami sebagai wakil-wakil rakyat dengan warga Tapah amat erat dan jitu sekaligus memantapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dalam Parlimen Tapah ini,’’ katanya ketika ditemui di Tapah baru-baru ini.

Menurut Saravanan, jika dilihat pada hari ini berbanding sebelumnya telah berlaku pelbagai perubahan dari segi infrastruktur di Tapah yang merupakan satu-satunya Parlimen yang hampir semua kawasan perumahan dilengkapi  dengan kemudahan asas melalui bantuan wakil-wakil rakyatnya.

Beliau memberikan perkampungan orang Asli dalam Parlimen Tapah ini yang satu ketika dulunya tiada dewan orang ramai, tiada bekalan api, air dan jalan-jalan kampung tapi hari ini semua kemudahan asas telah kerajaan BN sediakan buat mereka.

Beliau bagaimanpun mengakui kewujudan arus teknologi alam maya media sosial pada hari ini telah mencorakkan pemikiran baharu kepada generasi muda kaum itu  apabila mereka terdedah kepada informasi media social.

"Saya akui itu memang betul…tetapi ia bergantung kepada perkhidmatan kita..perkhidmatan wakil-wakil rakyat namun saya berpendapat sokongan golongan muda ini masih mantap dan tidak membimbangkan kerana mereka nampak dan menghargai apa wakil rakyat mereka buat,’’ katanya.

Menurut Saravanan, apa yang paling utama dan penting  beliau bersama-sama wakil-wakil rakyat iaitu Datuk Samsuddin Abu Hassan Adun Air Kuning dan Datuk Dr Mah Hang Soon Adun Air Kuning akan sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada rakyat khususnya para pengundi dalam Parlimen Tapah ini.

Untuk rekod P072 Tapah : M Saravanan- BN (20,670)

K Vasantha Kumar- PKR (12,743)

Ridzuan Bani- Bebas (337)

Shaharuzzaman Bistamam- Bebas (2,053)

Menang- BN dengan majoriti 7,927 undi

N47 Ayer Kuning : Samsudin Abu Hassan- BN (11,094)

Ahmad Razi Othman- PAS (7,609)

M Kathiravan- Bebas (297)

Menang-BN dengan majoriti 3,485 undi

Calon BN  N46 Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon menang dengan majoriti 4,764 undi. Beliau mendapat (10,866) undi menewaskan calon PKR, Amani Williams Hunt Abdullah- PKR (6,099) undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana