Rakyat tidak terpedaya kempen `Jom Bina Semula Negara’...Ideal Madey Sudah Tidak Boleh Pakai Lagi dohhhh

Rakyat tidak mudah diperdaya dengan Kempen 'Jom Bina Semula Negara' yang dimainkan Pakatan Harapan kerana UMNO dan BN telahpun mengubah wajah pembangunan negara setelah 60 tahun merdeka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, taktik sebenar pembangkang beriya-iya mengadakan kempen itu ialah semata-mata untuk meraih sokongan pengundi  Cina, India dan Melayu menjelang PRU ke-14.

"Saya tengok dia buat road show, baru-baru ini dia pergi ke Johor nak bangunkan semula,  marilah rakyat membangunkan semula negara, saya tak faham apa itu membangunkan semula negara?

"Kita dah 60 tahun merdeka sama ada kamu bersetuju ataupun tidak tapi ramai daripada rakyat Malaysia ni sosial ekonomi mereka telah berubah sama ada Melayu Cina, India, kita telah mengubah wajah negara ini dalam 60 tahun daripada kerajaan yang memerintah.

"Kerajaan itu kerajaan yang dipilih oleh rakyat dari dulu sampai sekarang adalah UMNO dan parti-parti komponen BN, tak perlu perkataan nak bina semula negara di mana  perkara nak bina negara tu, apa makna bina semula negara dalam kontek apa nak bina semula tu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Gajah, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim.

Terdahulu dalam ucapannya Mahdzir menyelar pembangkang yang sibuk berpolitik melempar pelbagai dakyah dan pembohongan terhadap pemimpin dan kerajaan BN untuk meraih simpati dan sokongan rakyat.

Katanya ini amat berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa sibuk bekerja keras membawa pembangunan dan memastikan kestabilan negara sedangkan pembangkang hanya sibuk berpolitik.

Sementara itu di majlis beliau berkata para pegawai Kementerian Pendidikan akan dihantar ke beberapa sekolah rendah di seluruh negara bagi mengkaji beban dan jumlah buku dibawa pelajar.

Mahdzir berkata langkah itu dibuat bagi memastikan buku dibawa pelajar sekolah rendah tidak terlalu berat sehingga membebankan mereka.

Beliau berkata, jumlah buku latihan tambahan yang dibawa pelajar bergantung kepada sekolah dan kebanyakan aduan yang diterima membabitkan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

"Ramai mendakwa guru di sekolah terbabit banyak memberikan buku latihan tambahan. Saya tidak pasti dakwaan itu (benar atau sebaliknya) dan maklumat lengkap mengenainya belum diperolehi," katanya.

Hari ini (Ahad)  sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan mengenai bebanan buku tambahan yang terpaksa dibawa pelajar sekolah rendah di negara ini.

Beliau berkata, garis panduan berhubung jumlah dan berat buku pelajar menetapkan maksimum 10 buku bagi setiap pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana