RAKYAT TIDAK AKAN LUPA LANGKAH KAJANG PEMBANGKANG LANGKAH PENUH AGENDA POLITIK KOTOR

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kenyataan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa pilihanraya kecil di Kajang yang digelar Langkah Kajang telah membawa manfaat kepada rakyat di kawasan itu sebagai satu lawak jenaka, di mana kenyataan itu hanyalah sekadar untuk menutup kesilapannya melaksanakan pilihanraya kecil itu yang ternyata hanya satu pembaziran wang dan masa rakyat.

Menurut beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang, sindiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa siapnya laluan MRT di Kajang itu sebagai langkah Kajang yang sebenar, telah memberi tamparan hebat kepada beliau dan juga pihak pembangkang.

“Bagaimana Rafizi kata pilihanraya Kajang yang digelarknya sebagai Langkah Kajang itu sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat? Sedangkan Langkah Kajang yang diokestrakannya itu hanyalah satu permainan politik demi kepentingan satu pihak dan untuk menjatuhkan satu pihak yang lain, dengan mempergunakan rakyat untuk mencapai tujuan itu.

“Kita semua tahu bahawa Langkah Kajang Rafizi itu dilakukan adalah semata-mata kerana hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadikan isterinya, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Tetapi ternyata ianya sia-sia apabila akhirnya Azmin Ali yang dipilih menjadi Menteri Besar Selangor. Jelas ianya membazir wang, masa dan tenaga rakyat.

“Bahkan, Langkah Kajang Rafizi itu adalah satu gerakan yang kotor apabila beliau menjadikan fitnah sebagai senjata untuk menyerang Tan Sri Khalid di mana akhirnya selepas selesai pilihanraya tersebut, PKR secara terbuka terpaksa memohon maaf kepada Tan Sri Khalid kerana memfitnah beliau,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya lagi, ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib yang benar-benar mendahulukan rakyat dan bukannya mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik peribadi atau pihak-pihak tertentu.

“Siapnya MRT laluan Kajang itulah sebenarnya Langkah Kajang, seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri itu. Inilah pembeza antara Langkah Kajang yang dilakukan oleh pembangkang yang penuh dengan penipuan dan kepalsuan serta mempergunakan rakyat, berbanding dengan ‘langkah kajang’ yang dilakukan oleh kerajaan yang benar-benar jujur berkhidmat untuk rakyat.

“Kerajaan BN terbukti bersikap jujur dengan mengotakan apa yang dijanjikan untuk membantu rakyat Kajang dengan memudahkan dan melebarkan langkah mereka apabila siapnya pengangkutan awam di kawasan tersebut, dalam usaha kerajaan memudahkan perjalanan rakyat di kawasan itu.

“Ini bezanya antara BN dan pakatan pembangkang. BN berkhidmat untuk rakyat, demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

“Tetapi pembangkang hanya tahu mempergunakan rakyat demi untuk kepentingan politik peribadi dan pihak tertentu sahaja. Saya rasa rakyat, terutamanya di Selangor harus sedar tentang hakikat ini,” ujarnya.

Justeru itu tegas Zein, rakyat di negeri-negeri yang di bawah kekuasaan pembangkang perlu sedar akan perkara ini dan cukup-cukuplah memberikan kuasa kepada pembangkang yang jelas hanya mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik peribadi dan kepartian mereka sendiri.

“Pembangkang bagi saya hanya tahu berpolitik sepanjang masa dan bukan hanya berpolitik dengan seterus mereka seperti BN, tetapi turut berpolitik sesama mereka sehingga berlakunya episod jatuh menjatuhkan sepertimana yang berlaku terhadap Tan Sri Khalid.

“Dalam masa yang sama, mereka gagal untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit seperti isu sampah, isu banjir dan beberapa isu lain lagi yang telah menyusahkan rakyat.

“Dan apabila rakyat bersuara, mereka mengambil jalan mudah dengan menuduh ini semua adalah hasil tinggalan BN sebelum ini. Sedangkan mereka berkuasa pada saat dan ketika ini, namun mereka gagal untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Jadi saya fikir, cukup-cukuplah kita memberikan undi dan kepercayaan kepada mereka. Ternyata pembangkang gagal untuk mentadbir negeri yang mereka kuasai dan menjadi negeri tersebut lebih makmur dan selesa untuk rakyat.

“Saya yakin, jika BN kembali memegang kuasa di Selangor, kepentingan rakyat pastinya akan didahulukan daripada sebarang kepentingan politik peribadi pihak-pihak tertentu,” akhirinya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana