RAKYAT SABAH TOLAK PARTI PIMPINAN MAHATHIR DAN PROKSI MAHATHIR

Shafie apdal adalah proksi dan orang kanan Mahathir sebenar-benarnya. Tetapi kononnya dalam kalangan ahli-ahli dan pemimpin Parti Warisan sendiri masing-masing mempertahankan kononnya Warisan bukanlah proksi Mahathir dan Shafie Apdal tidak ada kaitan langsung dengan Mahathir.
Namun tembelang Shafie Apdal dan Parti Warisan akhirnya terbongkar apabila Presiden PPBM iaitu Bersatu pernah membuat kenyataan bahawa Warisan dan PPBM mempunyai hubungan yang sangat akrab ibarat adik dan abang sehingga tidak mampu dipisahkan.

Warisan adalah jelmaan parti yang ditubuhkan oleh Mahathir, Cuma ianya memfokuskan ke bahagian Sabah, yang bertujuan untuk menjatuhkan dan menggulingkan UMNO dan Najib, dimana ia adalah bekas parti yang pernah diduduki Shafie Apdal dan Mahathir sendiri.

Rakyat Sabah perlu menolak Warisan kerana mereka tidak akan boleh lupakan segala apa yang telah Mahathir lakukan di Sabah selama 22 tahun memerintah sebagai Perdana Menteri. Rakyat Sabah menolak UMNO bukan kerana parti UMNO tetapi kerana Presidennya Mahathir.

Mahathir terlibat dengan pelbagai skandal, antaranya skandal BMF sehinggakan berakhir dengan pembunuhan Juruaudit Arwah Jalil Ibrahim di Hong Kong, Skandal FOREX, dengan berbilion2 RM lesap begitu sahaja sehingga hampir membangkrapkan Bank Negara Malaysia, Perwaja Steel, syarikat yang berkali-kali dibailout oleh Kerajaan menggunakan duit rakyat, dan lain-lain lagi.
Rakyat Sabah jangan terpedaya dan termakan dengan hasutan proksi Mahathir yang kononnya mahu menjatuhkan dan menggulingkan Kerajaan UMNO demi kesenangan rakyat Sabah kerana untuk pengetahuan semua yang menjadi dalang dalam Pakatan Pembangkang dalam semua gimik dan perancangan menjatuhkan dan menggulingkan UMNO dan Barisan Nasional adalah Mahathir. Semuanya dirancang dan dilakukan oleh Mahathir demi kuasa, harta dan jawatan dan disebabkan itu parti beliau PPBM aka Bersatu terpaksa bergabung dengan Pakatan Pembangkang yang dipelopori oleh DAP dan PKR.

Kesimpulannya kita jangan mengundi Warisan dan ingatlah satu undi kita kepada Warisan ini bermakna kita mengundi orang yang bernama Mahathir yang akan menentukan kehidupan kita semua. Kita tolak Warisan, Tolak Mahathir, Tolak Pakatan Pembangkang dan janganlah mensia-siakan harapan rakyat Sabah yang mahu maju ke hadapan sebaris negara-negara maju di seluruh dunia sepertimana sekarang ini Sabah maju dan membangun di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment