Rakyat Mengeluh Ketika Hadir Ke Rumah Terbuka Anjuran Kerajaan Selangor

Kehadiran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Ampang Jaya hari ini dilihat memeriahkan lagi majlis tersebut.

Bagaimanapun, majlis anjuran kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya turut mengundang rakyat biasa itu tidak dapat lari daripada mendapat keluhan daripada pengunjung.

“Saya datang dari jauh, terpaksa mengharungi sesak jalan, parking jauh dan kena beratur panjang untuk dapat makan.“Itu tak mengapalah, ada yang dukung anak kecil, beratur panjang bawah panas, warga emas lagi,” kata salah seorang pengunjung yang enggan dikenali.

Tinjauan mendapati hanya orang kenamaan seperti ahli-ahli politik, jemputan khas yang disediakan meja mencukupi berbanding orang ramai dibiarkan ‘berterabur’ dan terpaksa beratur bawah panas terik untuk mendapatkan beberapa cucuk sate. -MG

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana