RAFIZI MINTA IBU BAPA KAMI JANGAN TERPEDAYA DENGAN GULA-GULA TAPI PERCAYA DENGAN (FITNAH)NAJISNYA.

oleh Kang Nasir

Rafizi menyeru agar kami dan ibu bapa kami warga Felda jangan diperdaya dengan MENFAAT gula-gula dari PM. Dia mahu kami percaya menfaat NAJISnya (FITNAH).

Dalam kenyataan beliau dipautan ini.
https://m.facebook.com/rafiziramli.keadilan/photos/a.468696556498190.111706.145165568851292/1590907360943765/?type=3&source=48

“Saya yakin Dato’ Seri Najib kini menggunakan muslihat yang sama – menggunakan wang rakyat yang akan ditanggung oleh rakyat untuk memberi sogokan kepada peneroka. Akhirnya, wang RM5,000 yang diberikan kepada peneroka akan menjadi hutang Felda yang sama-sama ditanggung oleh peneroka kemudiannya, seperti mana telah berlaku sebelum PRU13.”

Sedangkan kerajaan bayar elaun puluhan ribu ringgit kepadanya dan semua WAKIL RAKYAT DENGAN MENGGUNAKAN WANG RAKYAT bukan dibayar untuk jadi iblis menghasut mengadu domba agar kufur agar bersengketa agar menjauhi limpahan rahmat Allah. Tapi rakyat mahu mereka membangunkan negara.

Sempena sambutan hari peneroka baru-baru ini.
PM Umum insentif hampir RM 12 ribu Untuk Peneroka Felda
Antara pengumuman Perdana Menteri pada sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2017 ialah: umum

1. 94,956 peneroka FELDA akan menerima skim pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM 5,000 untuk setiap peneroka. – ia membabitkan kos RM 519 juta

2. Pelupusan hutang peneroka Felda dalam pembelian saham FGV. Manakala peneroka yang telah membayar semua kos pembelian saham FGV akan menerima bayaran saguhati RM 1,800.00

3. BAYARAN INSENTIF KHAS RM 5,000.00 kepada setiap keluarga peneroka. Ia akan dibayar mulai hujung ogos ini.

4. Felda juga menawarkan supaya 17 ribu peneroka yang tidak lagi bersama Felda, mempunyai masa selama 6 bulan untuk kembali kepada Felda dan menerima segala kemudahan dan insentif yang disediakan oleh FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan – Feldavoice.

Bagi rafizi itu gula-gula walhal apa yang PM lakukan itu adalah menfaat untuk kami hasil dari wang kami dikembalikan semula kepada kami.
Sebelum ini. Rafizi menjelajah keseluruh felda mengajak ibu bapa kami kufur konon pertahankan tanah mungkin dia fikir itu bekalan dibawa kekubur.
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=787516484758097&id=100004992577825&st=14

Jika diikutkan sepatutnya apa yang diusahakannya itu membawa kebaikan tetapi sebaliknya kerana niatnya semata-mata mahu menghalau PM apa jua yang dilakukan semua itu membawa kemudaratan kepada rakyat hingga ada yang hilang akal hilang pedoman kerana terlalu benci kepada PM kesan dari najis fitnahnya terhadap PM. Segala penyelewengan keteritisan itu betul. Tetapi apa yang Rafizi pesongkan itu bertujuan menyalahkan PM walaupun dia tahu itu adalah FITNAH. Sebagaimana semua penyelewengan samada Felda, 1MDB dan lain-lain itu sebenarnya memang wujud tetapi usaha mereka bukan mahu bersama PM membenteraa sipenyeleweng tetapi sebaliknya menuduh PM penyeleweng. Walhal PM mengamanahkan tugasan dan beri kepercayaan kepada penjawat untuk melaksanakan amanah. Tak suruh pun mereka menyeleweng. Begitulah liciknya permainan mereka lebih licik dari syaitan.

Saya teringat janji lebai yang berangan-angan nak bahagi-bahagikan ladang kepunyaan Felda Plantation lebih 5 tahun dulu jika menang PRU. Kenapa ya janji ini tidak disuarakan lagi? Sebahagian ceritanya ada diakhbar dulu.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/janji-pas-setiap-rakyat-dapat-tanah-jika-menang-pru-1.19724

Kesemua yang mereka perkatakan itu adalah dari ANDAIAN dan dari andaian itulah terjadinya FITNAH. Jika kita menulis dengan andaian semua orang pun boleh sekarang ini pun cai guna pakai pendekatan ini. Dan saya juga boleh contoh yang akan saya sebut dari PERANCANGAN MEREKA UNTUK MENJATUHKAN PM SEJAK 10 TAHUN LALU.

Semua isu-isu yang dibangkitkan dengan penyelewengan itu benar tetapi usaha mereka bukan untuk menghukum penyeleweng tetapi menghukum PM. Secara tidak langsung apa jua sumber maklumat yang mereka perolehi dari perancangan licik mengupah penyeleweng dengan imbuhan dan penyeleweng dapat manfaat imbuhan hasil dari penyelewengannya. Selain itu mereka juga memperoleh maklumat dengan memberi RASUAH kepada pegawai-pegawai untuk dijadikan sebagai FAKTA MEMFITNAH PEMERINTAH.

Kesimpulannya. Sebagaimana peranan iblis syaitan begitulah mereka yang lain khususnya SotongSetan. Mereka memperdaya menghasut kearah kebencian rakyat terhadap pemerintah sehingga ada yang hilang akal hilang pedoma. Kesannya walaupun manfaat kebaikan itu untuk saudaranya sendiri hatta untuk kedua ibu bapa mereka pun mereka tetap menolak dan meremehkan manfaat kebaikan itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment