Rafizi Malu Sekejap, Tapi Akan Sambung Fitnah Kemudian Nanti

Selepas disindir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Langkah Kajang, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli terasa malu dan segan kerana idea itu gagal malah boleh dikatakan sebagai permulaan kepada masalah dalam pembangkang.

Langkah Kajang timbul apabila PKR mahu menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Idea awal itu gagal kerana Anwar didapati bersalah kes liwat oleh mahkamah sehingga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail digantikan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan Wan Azizah juga dicadangkan kepada Sultan Sharaffuddin Idris Shah untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Cadangan itu gagal kerana Tuanku tidak memberi perkenan kepada Wan Azizah sehingga akhirnya Timbalannya Datuk Seri Azmin Ali yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Kerana kegagalan itu, Najib menyindir pakar pemfitnah dari pembangkang ini dengan menyatakan pembinaan MRT di Kajang dan tarikh pelancaran iaitu pada 17 Julai ini adalah Langkah Kajang sebenar.

Malu yang terkena pada batang hidung Rafizi itu biasanya seketika sahaja kerana beliau tidak pernah sedar walau sudah banyak kali memfitnah dan terkantoi.

Selepas ini tidak berapa lama, Rafizi akan kembali memfitnah kerajaan terutamanya Najib dan Barisan Nasional (BN).

Jangan diharap apa yang dikantoikan akan membuatkan bekas Setiausaha Agung PKR akan membuatkan dia sedar. Walhal sudah dihukum penjara kerana mendedahkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 pun Rafizi masih enggan berhenti memfitnah.

Walaupun sudah jelas bahawa Rafizi sudah tidak ada idea untuk membuat fitnah tapi dengan bantuan orang-orangnya ada sahaja cerita palsu yang boleh dihasilkan untuk mewujudkan persepsi buruk dalam hati rakyat untuk membenci kerajaan. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana