PRU14: GUAN ENG KATA PAKATAN AKAN TEWASKAN BN, PAS?

Meskipun bimbang dengan kerjasama di kalangan empat parti gabungan Pakatan Harapan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetap yakin kononnya mereka dapat menewaskan BN dan Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Pakatan Harapan akan menyelesaikan apa sahaja isu yang dihadapi mereka dan bersedia untuk menghadapi PRU ke-14.

“Jika anda lihat kembali pada 2008, kami lagi kurang bersedia, tetapi kami dapat memenangi 5 negeri dan menafikan dua pertiga majoriti (BN) buat pertama kalinya.

“Saya tetap optimis kerana saya rasa kami tidak melihat tsunami pada 2008, tetapi kami melihat tsunami Malaysia,” katanya semalam, memetik laporan FMT.

Guan Eng berkata demikian mengulas kedudukan Pakatan Harapan yang dilihat masih gagal membentuk kerjasama sepenuhnya dengan PKR, PPBM dan PAN bagi menghadapi PRU yang difahamkan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pakatan Harapan sebelum ini menemui jalan buntu untuk menamakan calon Perdana Menteri mereka ekoran campur tangan PPBM yang mencadangkan pemimpin parti serpihan UMNO itu sebagai calon yang lebih wajar dipilih.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad teruk ditempelak pemimpin DAP gara-gara mencadangkan nama Presiden partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan.

DAP, PKR dan PAN sebelum itu sebulat suara menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan dan bukan pemimpin lain termasuk Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ekoran perbalahan itu, difahamkan Anwar telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur “merajuk” dan enggan menjadi calon Perdana Menteri.

Susulan kenyataan Anwar itu, desas-desus mengatakan bahawa DAP dan PKR sedang berusaha memujuk Ketua Umum PKR itu supaya kekal menjadi calon tunggal Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.

Meskipun masih dipenjara dan perlu menunggun tempoh tertentu, dikatakan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai Perdana Menteri “sementara”, bagi menunggu Anwar layak bertanding pilihan raya sekaligus diangkat menjadi Perdana Menteri yang sebenar.

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut hanyalah sekadar desas-desus politik yang riuh diperkatakan di kalangan pemerhati politik. -Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana