Proton terima RM15.3 bilion dari kerajaan sejak 1984...Anda Bayangkan Lah Duit Rakyat Habis Kat SItu Saja Belum Masuk Yang Lain Lagi?

Kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan kewangan merangkumi pinjaman mudah dan geran berjumlah RM15.3 bilion kepada Proton Holdings Berhad (Proton) sejak 1984 sehingga kini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan kewangan itu melibatkan geran pelancaran sebanyak RM500 juta pada 1984, dana pembangunan automotif bagi vendor berjumlah RM110 juta (2006-2010), geran fleet test vehicle (FTV) sebanyak RM100 juta (2012) serta geran pembangunan dan penyelidikan (R&D) berjumlah RM494 juta (2006-2010).

“Pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion telah disalurkan pada tahun lepas. Jumlah keseluruhan sebanyak RM2.7 bilion dan RM12.6 bilion selebihnya adalah dalam bentuk revenue foregone,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Hasan Arifin (BN- Rompin) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah bantuan yang telah diberikan kepada Proton sejak ditubuhkan dan adakah kerajaan yakin rakan kongsi syarikat kereta nasional itu mampu membawa Proton ke tahap yang lebih maju serta menaikkan nama negara.

Mustapa berkata, Proton membayar cukai sebanyak RM24 bilion, sebahagian besar duti eksais dan cukai jualan sepanjang tempoh 34 tahun beroperasi.

“Proton merupakan sebuah syarikat yang penting dalam ekosistem industri automotif di negara ini.

“Proton kini menyediakan pekerjaan kepada 10,000 rakyat tempatan yang bekerja secara langsung dengan syarikat pengeluar kereta nasional itu manakala 50,000 orang lagi terlibat dalam rantaian bekalan Proton,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, suntikan tunai yang diterima oleh Proton menerusi hasil penjualan ekuiti Proton dan Lotus kepada Geely adalah dalam bentuk tunai berjumlah RM170 juta.

“Pemberian model Boyue bernilai RM290 juta dan tunai penjualan Lotus berjumlah 100 juta pound (RM557 juta),” katanya.

Pada masa ini kata beliau, Proton tidak mempunyai sebarang keistimewaan dalam bayaran cukai.

“Jenis-jenis insentif yang diterima syarikat lain juga dinikmati oleh Proton seperti pengurangan atau pengecualian duti import dan duti eksais, elaun cukai pelaburan (ITA) atau status perintis berdasarkan aktiviti nilai tambah yang dijalankan oleh syarikat-syarikat automotif seperti digariskan dalam Dasar Automotif Nasional (NAP 2014),’’ kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana