Projek Terowong Dasar Laut: PCM Buat Laporan SPRM

PUTRAJAYA: Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan dan menyerahkan bukti berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, Jumaat.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan juga menggesa SPRM menyiasat sama ada wujud unsur penipuan atau penyelewengan dalam pembidaan projek terowong dasar laut itu.
“Sejak beberapa bulan, terdapat banyak bukti baharu yang kami dapat daripada sumber tertentu dan hari ini kami serah kepada SPRM dan biar mereka siasat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu pejabat SPRM di sini, Jumaat.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 3 petang dan ditemani dua lagi individu kelihatan membawa masuk fail dan dokumen-dokumen yang agak tebal memasuki pejabat SPRM.
Cheng Guan berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk memastikan siasatan kes itu berjalan lancar.

Cheng Guan pada 17 Julai lalu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek terowong dasar laut.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Projek itu sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana