Presiden Trumph Tak Percaya DOJ

DALAM masa setahun ini Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dilihat telah dua kali cuba campurtangan urusan negara kita hanya berdasarkan kepada aduan palsu yang dibuat oleh pihak pembangkang tanpa bukti atau dengan lebih tepat bukti yang dipalsukan.

Tahukah anda bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan bahawa beliau tidak percaya kepada FBI, CIA, DOJ atau DOI. Jika presiden US sendiri tidak percaya kepada DOJ, mengapa pula kita perlu percaya kepada agensi tersebut.

Berdasarkan twitter
Ini adalah pertemuan buat kali pertama antara Presiden Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin dan ia memakan masa lebih lama daripada yang dijadualkan.

Trump menyifatkan pertemuan dengan Putin sebagai satu penghormatan. Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, memberitahu wartawan pada sidang kemuncak G20 di Hamburg, Trump ‘serasi’ dengan Putin dan pertemuan itu berlangsung selama dua jam 15 minit.

Trump memulakan perbincangan mereka dengan menekankan mengenai kebimbangan rakyat AS berhubung campur tangan Russia pada pilihan raya 2016.

Putin menafikan sebarang campur tangan dalam pilihan raya AS tahun lalu dan meminta bukti jika ia berlaku. Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata Trump menerima penegasan Putih bahawa dakwaan itu, yang disokong agensi perisikan AS adalah palsu.

FBI, CIA, DOJ atau DOI perlu membuat pertimbangan berdasarkan bukti bukannya hanya bergantung kepada aduan palsu tanpa sebarang bukti. Dalam kes Putin, perisikan US gagal memberikan bukti atas dakwaan mereka.  Begitu juga dalam isu 1MDB yang dibawa oleh DOJ. Mereka tidak mempunyai bukti. Segalanya hanya berdasarkan aduan daripada pembangkang yang diketuai DAP.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana