PR Selangor: Amanah mahu dengar sendiri daripada Azmin, Wan Azizah

SHAH ALAM: Amanah tidak mempercayai laporan media bersabit kenyataan yang dibuat Menteri Besar Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berhubung kewujudan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Menurut Pengarah Komunikasinya Khalid Samad, beliau mahu mendengar sendiri daripada mulut kedua pemimpin PKR tersebut dan enggan mengulas lebih lanjut.

Ujar beliau, setakat yang difahami, kerajaan negeri Selangor hanya mengekalkan PAS sebagai sebahagian daripada pentadbiran dalam meneruskan mandat rakyat pada pilihan raya lalu.

"Saya pun tidak ada dengar dari mereka yang mereka kata begitu. Yang saya dengar mereka kata mereka masih nak kekalkan PAS atau Exco PAS dalam kerajaan oleh kerana nak jaga supaya mandat itu diteruskan.

"Tetapi kalau nak katakan PR masih wujud itu saya tidak dengar sendiri. Jadi, saya tak nak komen yang itu.

"Tetapi tidaklah kata PR itu masih wujud kerana saya rasa tidak mungkin mana-mana pihak mendakwa PR itu masih wujud dalam keadaan di antara PAS dengan DAP, PKR yang telah diputuskan. Jadi saya tidak tahu betul atau tidak kenyataan itu sepertimana yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Walau bagaimanapun katanya, Amanah menerima keputusan kerajaan negeri yang diteraju Azmin yang memutuskan untuk mengekalkan ahli PAS untuk terus berkhidmat meskipun PR sudah terkubur.

Terdahulu, laporan media melaporkan Azmin dalam kenyataan terbarunya bahawa negeri itu masih ditadbir oleh PR walaupun gabungan itu sudah tidak berfungsi lagi.

Kenyataan tersebut turut mengundang kritikan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Tony Pua menerusi di media sosial berhubung kenyataannya yang kerajaan negeri PR masih wujud.

Gabungan itu berpecah apabila PAS dan DAP memutuskan hubungan pada Julai, 2015.

Susulan itu, PKR, DAP dan Amanah membentuk Pakatan Harapan (PH) yang kemudiannya disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sebelum ini, wujud desakan oleh pemimpin Amanah Selangor mendesak Azmin supaya berhenti cuba memikat PAS untuk membentuk pakatan pilihan raya dan fokus pada pembentukan sekretariat PH peringkat negeri untuk berdepan PRU.

Pembentukan sekretariat PH itu dikatakan tergendala kerana parti PKR di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana