PPBM jangan buat kenyataan provokasi dan bodoh - Pemuda UMNO

Ahli kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diingatkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan provokasi  untuk meraih sokongan pengundi atas pagar kerana jelas ia merupakan satu tindakan yang tidak bijak.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kenyataan kepimpinan PPBM yang mengatakan UMNO seperti Mazhab dan Agama kepada ahli UMNO, jelas menunjukkan individu tersebut ingin menarik perhatian kepimpinan parti itu.

“Kenyataan pemimpin PPBM ini sengaja untuk menarik perhatian bagi memastikan impiannya untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak di salah satu kerusi di sini.

“Kenyataan beliau dangkal sungguh, sejak bila UMNO menjadi Mazhab dan Agama, kalau benar pun nak meraih sokongan atas pagar, janganlah sampai dangkal politik,  kenyataan nampak sangat terdesak dan terlalu kurang bijak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua PPBM Wilayah Persekutuan bahawa UMNO seolah-olah macam Mazhab dan Agama pada orang UMNO.

Tambah Armand Azha, sejak penubuhan UMNO pada 71 tahun yang lalu, jelas menunjukkan asas perjuangan UMNO yang berpaksikan Islam, Melayu, Bumiputera dan negara yang menjadikan UMNO sebagai parti paling berjaya di Malaysia.

"Tidak pernah dalam penubuhan UMNO sejak 71 tahun lalu sehingga kini, ada termaktub dalam perlembagaan UMNO bahawa Parti ini adalah satu Mazhab dan Agama.

“Mungkin ketika beliau dalam UMNO, dia sendiri tak pernah baca dan menghayati asas perlembagaan dan perjuangan UMNO, kerana ketika di dalam UMNO, dia sibuk nak kejar jawatan.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas tentang Asas dan Tujuan penubuhan UMNO iaitu pada Perkara 3.3: “Menegak, Mempertahan dan Mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

“Fasal 3, Perkara 3.3 ini dianggap penting kerana kemudiannya mencorak Perlembagaan Persekutuan dengan meletakkan asas Islam yang lebih kukuh sebagai agama Persekutuan. Perlembagaan Malaysia pada Perkara 3 (1) menyatakan: “Agama Islam ialah ugama bagi Persekutuan: tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

“Jadi saya nasihatkan supaya beliau hadam dan faham maksud Perlembagaan UMNO khususnya fasal 3 Perkara 3.3 ini,” ujarnya.

Selain itu, Armand Azha turut mengingatkan ahli-ahli UMNO untuk memastikan rakyat akan kekal mengundi dan bersama Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.

BN konsisten dalam prinsip politik khidmat bakti pada rakyat,  bukan seperti pakatan pembangkang yang mengunakan politik nafsu kebencian dengan menabur fitnah.

"Perjuangan UMNO jelas untuk rakyat dari dahulu hingga kini turut menjadi faktor kejayaan UMNO untuk terus bertahan.

“UMNO berjuang bukan untuk ahli sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan keturunan. Kejayaan UMNO juga kerana parti itu terus releven kerana isu-isu yang diperjuangkan sepanjang parti itu ditubuhkan”, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana