PPBM... asal bergaduh sahaja salahkan UMNO

Sampai bila mereka mampu berbohong dan mengalih perhatian? Asal bergaduh dan bertekak sahaja, UMNO yang dipersalahkan. Tidak pernah akui bahawa pergaduhan itu berpunca dari PPBM sendiri.

Masa bekas pengasasnya Kamarul Habibur Abdul Rahman keluar parti bunga, UMNO dipersalahkan.

Bila ada ahli PPBM di Baling, Sik, Rembau, Perak, Pandan, Kerteh, Teluk Kemang keluar parti, UMNO juga disalahkan. Inilah sesatunya alasan yang PPBM mampu beri untuk tutup kelemahan parti mereka sendiri.

Namun sampai bila mereka mampu berbohong pada diri sendiri dan ahli ahli? Lama lama, orang akan tahu juga. Samalah hal dalaman yang berlaku dalam Armada PPBM. Tiga orang Exco PPBM tidak puashati dan tanya dua soalan mudah sahaja.

Mereka tanya mengenai harta anak anak Mahathir Mohamad dan skandal Nika Gee. Itu pun masih belum dijawab.

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq berani bergaduh dengan perempuan sahaja. Terbaru, Syed Saddiq bergaduh macam budak budak dengan Naib Presiden PPBM Hamidah Osman.

Midah tuduh Saddiq sebagai "spy UMNO", Saddiq tuduh Midah ejen UMNO. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mahathir tidak mampu buat apa apa lagi.

Tidak mampu lagi mengawal pergaduhan yang bergaduh dalam parti mereka. Berita pergaduhan ini tiada dalam Malaysiakini.

Bekas Ketua Srikandi Anina Saasudin pun bergaduh dan akhirnya tersingkir dari parti bunga. Bergaduh bukan sebab UMNO atau ada ejen UMNO tetapi sebab mereka merebut jawatan dan kedudukan.

Berebut dan masing masing gila hendak menjadi calon PRU14. Inilah punca sebenar mereka bergaduh dan bergasak sakan dalam PPBM.

Mulanya, mereka ingat dengan menjadi Ketua Bahagian PPBM atau AJK PPBM maka banyaklah habuan Mahathir dan Muhyiddin akan tabur.

Dedak yang ditagih tidak kesampaian pun. Mahathir tidak perbetulkan pun pergaduhan yang berlaku.

Mahathir halau lagi mana mana ahli yang tidak puas hati keluar dari PPBM. Pada Mahathir, yang penting adalah cita citanya mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri sahaja.

Apa hendak jadi pada ahli dan parti bunga, lantaklah. Buat apa perabis beras pada mereka.

Mereka berdua ini lebih bernilai bagi Mahathir dari Saddiq dan Hamidah. "Berkelai lah hampa dua orang", Mahathir tak peduli pun. Bukan salah UMNO, salahkan Mahathir tu.

Kenapa dia lari beraya di London, sebab terlalu kecewa dan tidak mampu lagi kawal pergaduhan yang berlaku dalam PPBM.

Mana dia Muhyiddin? Baik dia sibuk dengan hal Nika Gee dari fikir hal Midah dan Saddiq.

Syed Saddiq lupa dia hanya berdebat sahaja sebelum ini, bukan pentas sebenar politik pun.

Sekarang bila sudah jadi ketua sayap politik barulah dia tahu langit tinggi rendah.

Dalam PPBM semua ada, yang skandal, yang kaki disko, yang putar alam dan yang "weekly politician". Sebab itulah mereka bergaduh. Bukan salah UMNO, salah PPBM sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana