Polis cekup 4 suspek lontar bom botol di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda....Ingat Polis Malaysia Tak DApat Tangkap....Silap Lah

Perbuatan kumpulan kongsi gelap cuba cabar polis menerusi tindakan  membaling bom botol ke arah pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda awal pagi Jumaat telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Malah Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Hussin Awang Ngah berkata perbuatan itu  tidak harus dibiarkan berleluasa agar tidak menimbulkan kebimbangan orang awam.

"Mereka perlu segera ditangkap. Sebagai sebuah negara yang aman, unsur-unsur untuk menghalalkan jenayah keganasan di negara ini perlu ditangani dan rakyat pastinya mahukan keamanan terus berkekalan. Kami mengecam perbuatan tersebut", katanya.

Awal pagi Sabtu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid memberitahu polis menahan empat lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 04 yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Katanya suspek berusia antara 25 dan 41 tahun itu ditahan dalam operasi tiga jam bermula 1 pagi di sekitar Sungai Petani.

Polis turut merampas sebuah motosikal jenis SYM berwarna kuning yang disyaki diguna dalam kejadian itu.

Beliau berkata seorang daripada suspek turut mempunyai tujuh rekod lampau iaitu empat kes judi, dua kes mendatangkan kecederaan dan satu kes menyebabkan bencana.

Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini menurut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

Insiden pada pukul 3.35 pagi semalam itu menyebabkan api kecil menyala di hadapan pagar utama IPD berkenaan.

Kejadian berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan 62 orang disyaki anggota kumpulan kongsi gelap 04 dalam serbuan besar-besaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sejak Selasa lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana