PM tidak akan ambil risiko dalam pemilihan calon PRU14 …kata Zahid

alau dengar cerita di belakang tabir pasal bab nak pilih calon bertanding pilihanraya memang boleh buat pening kepala.

Cakap bab ini bukan terhad pada BN saja tetapi karenah ini juga dihadapi parti-parti di sebelah puak pembangkang.

Selalunya bila dekat pilihanraya kita akan dengar al-kisah lobi melobi guna cable itu ini segala macam.

Yang tidak terpilih pula merajuk,tak sokong calon yang dipilih,tutup bilik gerakan dan ada kes kronik lompat parti.

Banyak pendapat kata pilihanraya umum ke 14 adalah ‘ do or die’ baik bagi BN maupun di blok pembangkang.

Dalam senario yang sengit begini sepatutnya semua yang mimpi nak jadi calon harus sedar pimpinan parti masing-masing semestinya mahu calon yang the best dari segenap segi.

Tolak sebelah bab isu nasional dan pelbagai faktor politik...semua orang setuju faktor calon ialah penentu utama menang kalah.

Atas sebab itu nampaknya pimpinan BN sudah bagi signal yang semakin jelas ia tidak akan berkompromi dalam penentuan calon yang ‘boleh menang’.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semasa merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Setiawangsa di Kuala Lumpur hujung minggu lalu meminta semua bagi kepercayaan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih calon.

Jumaat malam,ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu di Melaka,Naib Presiden UMNO tegas berkata kali ini Perdana Menteri tidak akan ambil risiko dalam pemilihan calon.

Katanya calon berkenaan wajib yang penuhi citarasa kehendak rakyat.

"Apa yang penting adalah pilihan rakyat, citarasa rakyat...siapa yang rakyat mahu itu yang kita utamakan. Siapa yang rakyat mahu itu diberi oleh Perdana Menteri.

"Tidak perlu melobi (menjadi calon) melalui agensi atau apa sahaja. Kali ini Perdana Menteri tidak akan ambil risiko kalau calon itu tidak dikehendaki rakyat, kita tidak mahu ketepi calon kehendak rakyat," katanya.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti mempunyai maklumat terperinci mengenai wakil rakyat yang kerap turun padang memberikan perkhidmatan rakyat dan wakil rakyat yang gagal berbuat demikian.

 Zahid berkata apabila pucuk pimpinan telah menentukan calon yang akan bertanding pada PRU14, semua anggota parti perlu menerima dan menzahirkan sokongan kepada calon tersebut bagi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu, beliau berkata semua jentera UMNO dan BN perlu meletakkan fokus kerja kepada kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘retain' dan regain' menjelang PRU14.

"Kita ada prinsip 'retain and regain' di mana 'retain' kita kekalkan kawasan yang kita miliki, manakala 'regain' kita rampas kembali kawasan yang dimenangi pembangkang.

"Bagi kerusi yang akan dimenangi atau bakal dimenangi ini saya rasakan (wakil rakyat) harus turun ke bawah, turun berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata kerjasama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan tidak sepadu dan sekukuh kerjasama yang dijalin oleh parti komponen dalam BN.

"Saya lihat yang di sebelah sana (parti pembangkang) tidak ada kesepaduan antara mereka namun kita 13 parti politik masih kekal dalam BN sejak dahulu lagi. Mereka tidak kekal sebab mempunyai hala tuju dan idelogi yang berbeza," katanya.

Beliau berkata BN perlu bijak menggunakan media terutama media sosial dalam berkomunikasi dengan kumpulan sasaran dan tidak menggunakannya untuk bertelagah sesama sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana