PKR AKAN KETAR LUTUT!!!!!! PAS SEDIA CABAR WAN AZIZAH DI PERMATANG PAUH

Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh nampaknya bakal berdepan tentangan sengit selepas Pas memberi isyarat untuk bertanding di kerusi tradisi PKR tersebut.

Terbaharu, Pas kawasan melancarkan jentera pilihan raya umum untuk berkempen di Permatang Pauh dan ketiadaan wakil parti pembangkang lain yang menyertai himpunan tersebut menimbulkan spekulasi parti Islam tersebut akan bertanding disitu.

Majlis perasmian jentera tersebut dirasmikan oleh Naib Presidennya, Idris Ahmad semalam di Kubang Semang yang menghimpunkan penyokong dan ahli Pas di Permatang Pauh.

Idris juga memuatnaik gambar semasa majlis perasmian dalam akaun Facebooknya.

Idris cuba dihubungi MalaysiaGazette, bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut.

Ini bukan kali pertama kemelut antara Pas dan PKR, malah dalam pilihan raya kecil pada 2015 lalu, Pas Permatang Pauh juga turut memboikot dengan tidak berkempen membantu calon PKR, Wan Azizah yang bertanding selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara.

Dalam pada itu, Pas juga sudah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR pada April 2017 lalu selepas Muktamar Pas membuat keputuusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan mereka.

PKR didakwa Pas melanggar banyak syarat tahaluf siyasi, kesepakatan dan setia kawan. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana